Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
PETALING JAYA : Seramai 98,100 pelarian dan pencari suaka
yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi
Orang Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat April tahun ini.
Daripada jumlah itu, 1,249 pelarian dan pencari suaka
merupakan mereka yang keluar dari negara-negara yang dilanda krisis seperti
Sudan, Somalia dan Syria.
Ia terdiri daripada seramai 1,090 orang dari Somalia, 139
dari Sudan dan 19 orang (Syria).
UNHCR Malaysia berkata, jumlah keseluruhan 98,100 orang itu
merupakan pelarian dan pencari suaka yang berdaftar dengan agensi itu di negara
ini.
“Daripada 98,100 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar
(di negara ini), majoritinya dari Myanmar iaitu 89,900 orang,” katanya kepada
mStar Online, Isnin.
Menurut UNHCR Malaysia, 8,200 pelarian dan pencari suaka
lagi adalah mereka dari negara lain seperti Sri Lanka (4,480 orang), 1,090
(Somalia), Iraq (790) dan Afghanistan (440).
“71 peratus pelarian dan pencari suaka adalah lelaki, 29
peratus wanita manakala sebahagian 20,000 kanak-kanak di kalangan mereka yang
berusia di bawah 18 tahun ke bawah,” agensi itu.
Difahamkan, terdapat sejumlah besar yang tidak mendaftar
dengan UNHCR Malaysia dan komuniti pelarian sendiri menganggarkan mereka yang
merupakan pelarian dan pencari suaka yang tidak berdaftar di negara ini adalah
kira-kira 10,000 orang.
Sementara itu, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh
UNHCR yang dipetik dari Associated Press (AP) pada Isnin mengatakan, daripada
10.4 juta pelarian yang dilindungi oleh agensi itu di seluruh dunia, 7.1 juta
telah dipindahkan, sekurang-kurangnya untuk lima tahun.
UNHCR berkata, Afghanistan kekal sebagai jumlah pelarian
yang paling tinggi di dunia, dianggarkan 2.7 juta orang.
Ia diikuti oleh Iraq seramai 1.4 juta orang, Somalia (1.1
juta orang), Sudan (500,000 orang) dan Congo (491,000).
Sumber : http : //www.mstar.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan