Jumaat, 21 Ogos 2009

LAGI CATATAN MENGAGUMKAN DARIPADA PELARI TERPANTAS DUNIA

23 tahun, 19.19 saat

PELARI Amerika Syarikat, Wallace Spearmon nyata tidak mampu menggugat kehebatan Bolt yang mudah memenangi acara 200m Kejohanan Dunia di Berlin, kelmarin.

Bolt sambut hari kelahiran lakar rekod baru dunia 200m

BERLIN: Usain Bolt harus menyambut hari jadinya ke-23, semalam dengan memori indah selepas gah meraih dua gelaran pecut di Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin.

Kelmarin, jaguh dari Jamaica itu sekali lagi memukau tontonan dengan satu lagi larian yang menyaksikan dia memecahkan rekod sendiri acara 200 meter dengan catatan menakjubkan - 19.19 saat buat menjulang namanya selaku pelari pecut terbilang pernah disaksikan.

“Saya kini dalam laluan untuk menjadi seorang legenda,” kata Bolt.

Dalam perlumbaan pantas pernah disaksikan, Alonso Edward dari Panama meraih perak dengan catatan 19.81s manakala Wallace Spearmon dari Amerika Syarikat, gangsa, 19.85.

Setahun selepas dia mencipta 19.30s di Olimpik Beijing untuk mengatasi catatan Michael Johnson, 19.32s daripada Temasya Atlanta, dia mencantas 0.11s sama seperti yang dilakukan ketika memenangi 100m, Ahad lalu dengan kepantasan 9.58s.

BETAPA sengsaranya empat pelari acara final 200m untuk mengejar Bolt yang tidak ada masalah untuk menang mudah, kelmarin.

Bolt kini pemegang rekod dunia dan juara dunia dan Olimpik dalam kedua-dua acara pecut - sesuatu yang tiada atlit lain dapat melakukan.

“Saya mencuba, saya begitu perit,” katanya. “Ia bukan perlumbaan bagus tetapi ia perlumbaan yang sangat pantas.”

Bolt menyatakan dia berusaha memperbaiki permulaannya dan ia cukup jelas bagi semua untuk dilihat tatkala dengan beberapa langkah dia sudah meninggalkan Edward dan Spearmon.

“Luar biasa - perlumbaan yang tidak masuk akal. Selekohnya sukar dipercayai,” kata bekas pemegang rekod dunia, Johnson. “Tidak ada atlit yang berlari di selekoh seperti itu dan mungkin tidak akan ada. - Reuters.

BOLT dengan bangganya menunjukkan rekod baru dunia 200m masa yang tercatat pada papan markah elektronik, kelmarin.

Sumber : http : //www.bharian.com.my/

Nota Hujung:

KENYATAAN BOLT APABILA DITANYA TENTANG RAHSIA KEJAYAAN BELIAU:

1."Saya selalu memberitahu semua pihak bahawa sasaran saya ialah untuk menjadi juara dunia."

2."Saya tidak pernah memikirkan mengenai rekod. Saya tidak ingin memberikan tekanan terhadap diri sendiri."

3."Saya tahu apa yang perlu saya lakukan dan saya benar-benar fokus ketika berlumba."

4."Saya tahu tiada apa yang mustahil. Apa yang penting, kita perlu berusaha dan menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh."

5."Sebagai atlet, saya berlatih sepanjang tahun dan itulah yang saya lakukan. Hasilnya cukup berbaloi."

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Cikgu,
    Mana perginya bakat-bakat baru pelari USA yang selalu diagung-agungkan ? Mereka terlalu angkuh pada suatu masa tetapi senyap sunyi pada masa lain. Macam yo-yo jugak.

    BalasPadam
  2. U.S sedang melalui zaman suram atlet2 mereka.. Perkara yg sama turut berlaku dalam dunia tenis lelaki dan wanita.. Andy Roddick & adik-beradik Venus+Serena Williams yg hanya tinggal memeriahkan dunia tenis kala ini..

    Tiada pelapis2 yg mampu menggapai kehebatan seperti zaman Andre Agassi dan Lindsay Davenport.

    BalasPadam