Oleh ZULKIFLI JALIL
PENYELIDIKAN pasaran bebas oleh
RedMarch (2011) baru-baru ini menunjukkan industri eBilling Malaysia masih di
peringkat permulaan. Ia direkodkan sebagai mempunyai potensi yang besar untuk
berjaya.
Pada masa sama, penyelidikan pada
Januari 2012 oleh MIT G-lab Programme
Sloan School of Management menunjukkan potensi penjimatan kira-kira RM100
juta untuk kerajaan setiap tahun, dengan andaian penukaran 100 peratus kepada
sistem eBilling.
Apa itu eBilling? Secara amnya,
mengemukakan bil dan pembayaran secara elektronik (EBPP) adalah satu proses di
mana bil dapat diwujudkan, dihantar dan dibayar melalui atas talian.
Perkhidmatan ebilling ini mempunyai potensi diguna pakai oleh kebanyakan
industri khususnya sektor kewangan, telekomunikasi dan utiliti. Sebagai contoh,
bil telefon boleh diterima dalam format PDF dan dihantar terus ke peti e-mel
anda dan pembayaran boleh dilakukan secara perbankan Internet.
eBilling telah menjadi suatu
ikutan di sektor kerajaan. Chile contohnya telah memacu pertumbuhan cukai
secara atas talian dan e-bil.
Di Arab Saudi, SADAD payment
system (SADAD) adalah satu inisiatif untuk proses penghantaran dan pembayaran
bil di atas talian. Di Singapura pula, projek OneInbox adalah untuk memupuk
komunikasi antara kerajaan dan rakyat Singapura melalui e-mel.
Pada 2010 dan 2011, 79 peratus
daripada syarikat-syarikat di Chile telah mendaftar ke dalam inisiatif kerajaan
dan sejumlah 108 juta bil elektronik telah diproses. Di Arab Saudi sahaja, 62
juta transaksi pada 2008 diproses melalui SADAD pada nilai yang melebihi AS$7.4
bilion.
Dalam hubungan ini, Myemail
adalah satu projek rintis kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP),
di mana matlamat utama adalah untuk menyediakan setiap warganegara Malaysia
dengan akaun e-mel yang selamat dan disahkan identitinya.
Selain daripada komunikasi e-mel,
myemail juga memberi ruang kepada agensi-agensi kerajaan serta organisasi
perniagaan untuk menghantar bil, penyata, notis secara elektronik.
Secara ringkasnya, myemail
merupakan satu inisiatif positif yang memerlukan masa dan sokongan kedua-dua
pihak - billers dan pengguna - untuk penjimatan kos kepada kerajaan.
Myemail menawarkan khidmat
eBilling kepada organisasi dan juga pengguna. Sistem eBilling myemail ataupun
ePost adalah sistem penghantaran dokumen elektronik yang selamat dan
berkapasiti tinggi. Ia merevolusikan cara penghantaran bil, penyata serta notis
kutipan.
Antara ciri ePost adalah seperti
elemen-elemen interaktif, dokumen yang sulit dihantar terus ke dalam peti mel
dan membolehkan pembayaran atas talian inovatif "1- click" dari dalam
dokumen yang di enkripsi.
Antara faedah pengunaan myemail eBilling adalah:
1. Pihak billers/organisasi
* Penjimatan kos sebanyak 48-80 peratus
* Meningkatkan aliran
tunai
* Mengurangkan tempoh
kutipan
* Mengurangkan kesan
jejak karbon
* Pemasaran peribadi
yang lebih efektif
* Penghantaran segera
dan efektif
2. Pihak pengguna
* Penerimaan bil di
mana-mana dan setiap masa
* Mudah dan senang
digunakan
* Penukaran gaya hidup
yang minimum
* Mudah dicari dan
disimpan dalam format PDF
* Meningkatkan
pengurusan wang
Dalam konteks ini, ePost boleh
membantu kerajaan untuk mengurangkan kos melalui EBPP. Menerusi E-Government, akan berlaku peningkatan kemudahan perkhidmatan
kerajaan seperti berikut:
1. "Paperless" Government
* Penggantian kertas
dengan arkib digital
* Penghapusan kertas
secara beransur-ansur - minit mesyuarat, bahan persembahan dalaman, pekeliling
dan sebagainya.
2. Perkhidmatan E-Counter
* Ke arah sifar
interaksi muka ke muka - 90 peratus transaksi atas talian 10 peratus e-borang
* Didapati di pelbagai
peranti (kiosk, PC, telefon bimbit) di semua lokasi dan di semua saluran.
3. Akaun 1Malaysia
* e-mel rasmi yang unik
* "single
sign-on" kepada saluran e-perkhidmatan kerajaan
* Capaian dan
penghantaran e-perkhidmatan yang lebih cekap
* Nilai tambah
contohnya perkhidmatan pembayaran bil dalam talian dan lain-lain.
Ketika ini, dipercayai myemail.my
team telah berjaya melancarkan perkhidmatan eNotice pertama pada ujian rintis
(Bukti Konsep) bagi sebuah agensi kerajaan
sejak Januari 2012.
Syarikat berkenaan dikatakan
didatangi oleh 32 organisasi awam dan swasta untuk membolehkan penghantaran
"Push Email" melalui "EBPP". Yang nyata, proses perolehan
yang lebih ringkas ini dapat mengurangkan kos pentadbiran dan operasi anda.
Sumber : http : //www.utusan.com.my/