Oleh : Mohamad Shafiq
Rohaizad Buyong
PERTAMA sekali
mari kita panjatkan rasa syukur kepada Ilahi, dengan rahmat-Nya Malaysia hari
ini telah mencapai 55 tahun kemerdekaan. Bertapa bertuahnya kita sebagai
warganegara yang menikmati keamanan ini hasil daripada perjuangan generasi
terdahulu. Namun, berapa ramaikah yang benar-benar menghayati erti kemerdekaan?
Jika kita bertanya kepada masyarakat umum, pelajar, mahupun mahasiswa, pasti mereka menjelaskan bahawa kemerdekaan adalah bebas daripada penjajahan kuasa asing. Pada tulisan kali ini penulis ingin mengajak sidang pembaca untuk menghayati erti kemerdekaan daripada sudut yang lebih luas, bukan sahaja mengenal erti kemerdekaan dari sudut fizikal iaitu bebas daripada kuasa asing. Yang ingin kita lihat adalah erti kemerdekaan dari sudut yang lebih besar iaitu merangkumi kemerdekaan dari sudut mentaliti, sahsiah, dan juga sosial kemasyarakatan.
Jika kita bertanya kepada masyarakat umum, pelajar, mahupun mahasiswa, pasti mereka menjelaskan bahawa kemerdekaan adalah bebas daripada penjajahan kuasa asing. Pada tulisan kali ini penulis ingin mengajak sidang pembaca untuk menghayati erti kemerdekaan daripada sudut yang lebih luas, bukan sahaja mengenal erti kemerdekaan dari sudut fizikal iaitu bebas daripada kuasa asing. Yang ingin kita lihat adalah erti kemerdekaan dari sudut yang lebih besar iaitu merangkumi kemerdekaan dari sudut mentaliti, sahsiah, dan juga sosial kemasyarakatan.
Adakah kita
benar-benar merdeka? Satu persoalan yang bersifat subjektif yang mana
jawapannya pelbagai. Ya kita sebenarnya benar-benar merdeka. Buktinya, Malaysia
mampu membangun dengan begitu pesat sejak 1957. Kita mampu mencipta nama di
pentas dunia, kita mampu mencipta nama dalam apa-apa bidang, ekonomi, politik,
mahupun teknologi. Namun, kemajuan yang kita kecapi hari ini bukan berstatus
mutlak, kerana, walaupun kita bebas merdeka dalam bentuk fizikal, namun
sebenarnya minda kita masih lagi terjajah.
Mengapa penulis
berhujah sedemikian? Contoh kecil yang boleh penulis ketengahkan pada kali ini
adalah penggunaan bahasa Inggeris yang kian
berleluasa dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Niat penulis bukanlah
ingin menyentuh mana-mana pihak tetapi lebih kepada mencetus kesedaran kita
dalam soal penggunaan bahasa dalam perspektif kemerdekaan. Adakah kita masih
dijajah ataupun bebas?
Ramai yang tidak
yakin bahawa bahasa Melayu mampu
meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih luas, walaupun kita sedar bahawa bahasa itu sebagai warisan
bangsa.
Kita cukup bangga
apabila anak kita fasih berbahasa
Inggeris, namun kita tidak rasa sedikit pun bimbang jika
anak kita tidak mampu berbahasa Melayu dengan betul. Hal ini disebabkan
minda kita masih lagi terjajah lantas menganggap
bahasa Inggerislah segala-galanya dalam kehidupan kita hari ini.
Tanggapan buruk ini
perlu kita ubati dengan segera, kerana Ibnu Khaldun (1332-1406), sarjana sosiologi
dan falsafah Islam pernah membuat pemerhatian tentang peristiwa ini.
Beliau membuat
catatan dalam Muqaddimah, Bab 2, Bahagian 22, bahawa bangsa yang pernah
ditakluki oleh sebuah kuasa lain lazimnya terus menjadi kagum terhadap
penakluknya. Oleh itu, mereka gemar meniru pakaian, simbol, kepercayaan, budaya
dan amalan bangsa yang menakluki mereka.
Mereka menyangka
bangsa yang mengalahkan mereka adalah bangsa yang agung. Akibatnya mereka tidak
percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh faktor-faktor yang biasa sahaja.
Oleh sebab itu, kita tidak hairan apabila ada dalam kalangan kita yang terus
mengagumi kuasa Inggeris. Mereka terus terkesima dengan bahasa Inggeris. Mereka
tidak dapat melihat kejayaan bahasa Melayu dalam memandaikan rakyat kerana
minda mereka sudah terjajah oleh Inggeris.
Bagi mereka,
bahasa Inggeris dapat digunakan untuk menjayakan segala-galanya. Kejayaan
bahasa Melayu melahirkan ribuan doktor, jurutera, ahli kimia, ahli farmasi dan
lain-lain, dan mereka yang berjaya ini pula mampu mengikuti pengajian sarjana
dan kedoktoran di Korea, Jepun, Rusia, Mesir atau Sweden, tidak membuktikan
apa-apa kepada mereka. Mereka tetap terjajah dalam minda yang mengagungkan
bahasa Inggeris (Abdullah Hassan 2009: Bahasa Melayu di persimpangan: antara
jati diri dengan rumpun globalisasi).
Oleh yang
demikian, setelah kita mencapai 55 tahun kemerdekaan yang akan genap 31 Ogos
nanti, marilah kita renung kembali, fikirkan sejenak adakah kita pada hari ini
masih lagi terjajah ataupun bebas
seperti diuar-uarkan.
Merdeka atau kemerdekaan itu besar ertinya, justeru, hayati erti kemerdekaan itu sewajarnya. Semoga
kita menjadi bangsa berdaulat, makmur, dan sepakat. Selamat menyambut Hari
Kemerdekaan Malaysia ke-55.
Akademi Pengajian
Melayu,
Universiti
Malaya,
Kuala Lumpur.
Sumber : http : //www.utusan.com.my/