KUALA LUMPUR - Keputusan
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2012 akan dikeluarkan Khamis
ini.
Menurut kenyataan Kementerian
Pelajaran hari ini, slip keputusan akan diposkan atau calon boleh menghubungi
Jabatan Pelajaran Negeri, tempat calon mendaftar peperiksaan.
Seramai 14,224 calon menduduki
peperiksaan itu dan daripada jumlah itu, 7,389 calon mendaftar untuk mata
pelajaran Bahasa Melayu manakala 3,909 calon mendaftar bagi mata pelajaran
Matematik.
Sebanyak 239 pusat peperiksaan
dibuka pada 13 dan 14 Jun di seluruh negara. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan