1. Jangan panik:
Sebaik melangkah
masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa
50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri
anda boleh menjawabnya.
2. Buat kajian
terhadap topik dan pemetaan maklumat:
Semak sama ada
anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan.
Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan
mencatat maklumat penting yang berkaitan.
3. Semak
soalan-soalan tahun lalu:
Biarpun soalan
akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan
kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.
4. Perbanyak pembelajaran secara output learning:
Pada saat-saat
akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output
learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda dalam sesuatu topik dalam bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada
rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.
5. Perbanyak
latih tubi dan ujian simulasi:
Satu cara untuk
menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui
latihan berterusan (latih tubi) dan menjawab soalan tahun-tahun sebelumnya. Ia
mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.
6. Sediakan nota
ringkas:
Nota ringkas amat
penting dan berguna kerana senang dibawa ke mana-mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas
berkenaan pada waktu terluang.
7. Pastikan
mendapat tidur dan rehat secukupnya:
Biar sesibuk mana
sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat yang cukup. Jangan lupa bersenam
sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran
oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.
8. Ambil Makanan
berkhasiat dan seimbang:
Elakkan daripada
mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin
akan sukar tidur dan hilang tumpuan.
9. Kawal emosi:
Elak terbabit
dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi pada saat anda
akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau
terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat
ketenangan ketika menjawab soalan kelak.
10. Banyakkan berdoa dan bersolat:
Sebagai makhluk
yang lemah, kita dituntut untuk sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t, justeru, pada
saat-saat genting ini, anda digalakkan untuk memperbanyak solat hajat, solat
tahajud dan berdoa memohon pertolongan daripada-Nya. Sebelum melangkah ke dewan
peperiksaan pula, pohonlah keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.
Bangunlah pada
1/3 malam tersisa dan berdoalah sebagaimana hadis berikut,
"Allah SWT turun ke langit dunia ketika 1/3 malam masih tersisa dan Allah
menyeru: “Adakah antara hambaKu yang berdoa kepada-Ku, supaya aku mengabulkan
permintaannya? Adakah antara hamba-Ku yang meminta ampun kepada-Ku, supaya Aku
mengampuninya? Adakah antara hamba-Ku yang meminta kepada-Ku, supaya Aku
memenuhinya? ". (Terjemahan daripada hadis sahih Bukhari dan Muslim).
Antara doa yang boleh diamalkan:
“Ya Allah, Ya Aliim ( yang Maha Berilmu), Ya Hakim ( yang Maha Bijaksana),
Ya Rasyid (yang Maha Pandai), kami hamba-Mu yang lemah ini bakal menghadapi
peperiksaan SPM/STPM yang amat penting bagi kami, demi meneruskan
perjuangan menegakkan Islam, agama yang diterima di sisi-Mu Ya Allah. Maka Ya
Allah, Kau kurniakanlah kami sedikit ilmu-Mu dan sedikit kebijaksanaan-Mu agar
kami dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik, tenang, dan teratur. Ya
Allah, Ya Malik (yang Maha Berkuasa), hanya pada-Mu kami bertawakal.
Sesungguhnya pada-Mu jua terletak segala ketentuan yang terbaik buat kami. Engkaulah
sebaik-baik perancang dan pengatur wahai Ya Baari’ (yang Maha Perancang).”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan