TASIK GELUGOR : Malaysia
mampu mencapai status negara maju lebih awal iaitu menjelang 2018 hasil
prestasi ekonomi negara yang memberangsangkan.
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata Malaysia mampu mencapai status
negara maju dua tahun lebih awal daripada tahun 2020, sekiranya unjuran kadar
pertumbuhan ekonomi negara kekal mencapai 5.3 peratus hingga 5.5 peratus dalam
tempoh empat tahun akan datang.
Beliau berkata, untuk menuju
negara maju, negara perlu mencapai kadar
pendapatan AS$15,000 perkapita setahun.
"Ketika ini Malaysia
mencapai kadar pendapatan AS$9,000 perkapita setahun dan nilai itu tidak jauh
daripada sasaran pendapatan AS$15,000 untuk memacu negara muncul sebagai negara
maju," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung
Pakatan Nelayan Sungai Pengkalan Machang di sini, hari ini.
Sumber : http : //www.bharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan