SEGAMAT - Sebanyak 425,504 kekosongan jawatan meliputi bidang pengurusan, profesional dan pekerja asas terdapat dalam sektor swasta yang menawarkan gaji antara RM900 hingga RM3,000 sebulan, di seluruh negara ketika ini.
Pengarah Jabatan Tenaga Kerja
Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Mohd Asri Abdul Wahab berkata
daripada jumlah itu, sebanyak 311,168 kekosongan adalah dalam bidang pekerja
asas, operator (35,109), perkhidmatan dan jualan (25,763), tenaga profesional
(11,387) dan pengurusan (2,908).
"Selebihnya adalah terdiri
daripada bidang perkeranian, pekerja mahir pertanian, perhutanan, perikanan dan
pertukanganm," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran program
1Malaysia 'Support For Housewive' (1MS4HW) dan Karnival Azam Kerja
Malaysia di Dataran Segamat di sini hari ini.
Program yang dihadiri kira-kira
2,000 orang itu dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut hadir Menteri Sumber
Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam yang juga calon Barisan Nasional (BN)
Parlimen Segamat.
Mohd Asri menjelaskan, di Johor
sahaja terdapat 83,666 kekosongan yang belum diisi.
Mengenai program 1MS4HW, Mohd
Asri berkata sehingga 10 April lalu sebanyak 5,737 orang wanita berkahwin
menyertai program tersebut yang menyasarkan 40,000 akan memperoleh pekerjaan
melalui program tersebut, sepanjang tahun ini.
Katanya, sempena program itu,
sebanyak 32 syarikat swasta di daerah ini menawarkan sejumlah 3,243 kekosongan
jawatan dalam pelbagai kategori yang didaftarkan ke Jabatan Tenaga Kerja.
Dari jumlah tersebut katanya, 647
kekosongan adalah pekerja siswazah dan 2,596 orang bukan siswazah yang
menawarkan gaji antara RM900 hingga RM3,000 sebulan.
Beliau menasihatkan pencari kerja
di negara ini supaya tidak terlalu memilih pekerjaan dan bersedia menerima
sebarang tawaran kerja. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan