Pembakaran ladang di Sumatera yang mencetuskan jerebu
|
Jerebu di Singapura |
Malah, kerajaan republik itu
sudah memberi amaran kepada rakyatnya bahawa keadaan itu dijangka berterusan
untuk beberapa minggu. Perang mulut antara Singapura dan Jakarta juga sudah
meletus apabila saling menghentam pendirian masing-masing berhubung masalah
jerebu itu. Singapura mahukan Indonesia bertindak lebih tegas, termasuk
mendedahkan syarikat yang bertanggungjawab melakukan pembakaran itu dan
mengambil tindakan undang-undang. Jakarta pula menyifatkan Singapura bersikap
seperti budak kecil kerana menggembar-gemburkan masalah jerebu itu.
Hakikatnya, jerebu sudah menjadi
masalah tahunan di rantau ini sejak 1982. Pada 1998, keadaan jerebu begitu
buruk sehingga menjejaskan Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand. Malaysia
dan beberapa negara lain terpaksa menghantar anggota bomba untuk membantu
Indonesia memadamkan kebakaran di wilayahnya. Apabila masalah sama berulang,
Malaysia dan negara berkenaan memeterai Perjanjian Mengenai Pencemaran Jerebu
Merentasi Sempadan bagi menanganinya. Malangnya, Indonesia sehingga kini belum
menandatanganinya, sekali gus menyukarkan usaha serantau untuk menangani
masalah pembakaran terbuka dan jerebu secara berkesan. Seperti kenyataan
Pejabat Perdana Menteri semalam, negara ASEAN perlu saling membantu dalam
semangat kerjasama untuk menangani masalah jerebu dan isu kualiti udara ketika
ini.
Malaysia sendiri akan menghantar
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel untuk
membincangkan penyelesaian. Hanya tindakan tegas Indonesia mengawal perbuatan
pembakaran terbuka oleh syarikat perladangan di negara itu dapat mencegah
jerebu daripada berulang. Identiti syarikat terbabit juga perlu didedahkan
supaya negara lain, termasuk Malaysia boleh mengambil tindakan jika antaranya
adalah milik rakyat masing-masing. Tanpa kerjasama Indonesia, sudah tentu
negara ASEAN lain tidak dapat membantu. Gunalah semangat setia kawan ASEAN
untuk menyelesaikan masalah serantau ini.
Sumber : http : //www.bharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan