SHAH ALAM : Kira-kira dua pertiga daripada guru Bahasa Inggeris di negara ini telah diklasifikasikan sebagai 'tidak berupaya' atau 'tidak layak' untuk mengajar subjek berkenaan di sekolah.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri
Idris Jusoh berkata guru berkenaan telah dihantar mengikuti kursus untuk
memperbaiki kemahiran mereka dalam menguasai bahasa berkenaan.
"Kementerian juga sedang
menimbangkan cadangan untuk menghantar mereka mengikuti kursus TESL (Mengajar Bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua)," katanya pada sesi dialog mengenai Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang diadakan di Kompleks
Karangkraf pada Selasa.
Idris tidak menyatakan jumlah
guru yang tidak layak itu memberi jaminan, sebahagian daripada mereka yang
cemerlang telah didaftarkan dalam kursus bahasa Inggeris tempatan.
Kajian terbaru mendedahkan,
kira-kira 70 peratus daripada 60,000 guru Bahasa Inggeris, yang menduduki
peperiksaan, English Language Cambridge Placement Test, mencatatkan keputusan
yang rendah.
Mengenai dakwaan, kerajaan
mengetepikan sekolah vernakular melalui PPPM, Idris menafikannya, beliau
berkata "semua sekolah diberi layanan sama rata".
"Kita tidak akan
mengetepikan mana-mana pihak. Sebaliknya, kementerian menggalakkan semua orang
menguasai lebih daripada satu bahasa.
"Sama ada Bahasa Cina,
Tamil, Perancis atau Sepanyol sekalipun kerajaan akan berbangga jika seorang
rakyat Malaysia boleh menguasai bahasa-bahasa ini," tegasnya.
Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus
Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong) menentang PPPM dengan mendakwa pertambahan
masa untuk mengajar Bahasa Malaysia daripada 270 minit kepada 300 minit bagi
sekolah rendah dan 180 minit kepada 280 minit kepada sekolah menengah merupakan
satu tindakan kerajaan untuk menghapuskan pendidikan dalam bahasa ibunda
mereka.
Sumber : http : //www.mstar.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan