KUALA LUMPUR : Orang ramai dijangka dapat melihat perubahan ketara dalam kaedah pelaksanaan sistem pendidikan negara tidak lama selepas pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Antara hasil awal yang dijangka
dilihat ialah syarat pengambilan guru diperketat dan dikuatkuasakan di semua
institut pendidikan guru dan institusi pendidikan tinggi awam.
Ia turut menyasarkan 100 peratus
sekolah mempunyai sambungan Internet dengan kelajuan sekurang-kurangnya 4Mbps
melalui 1BestariNet, menurut PPPM 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini Jumaat.
Satu lagi hasil awal yang
dijangka diraih susulan pelaksanaan pelan pendidikan itu ialah semua guru
opsyen bahasa Inggeris di bawah tahap penguasaan, dilatih untuk meningkatkan
kemahiran.
Daripada segi ujian, 20 peratus
daripada soalan peperiksaan akan mentaksir kemahiran berfikir
aras tinggi dalam kalangan pelajar.
Prestasi guru turut diberi
keutamaan dengan 410,000 guru akan dinilai melalui apa yang disifatkan sebagai
instrumen bersepadu, dan 61,000 guru bahasa Inggeris dinilai pada tahap
kecekapan berbahasa mengikut standard antarabangsa.
"Perubahan ini akan menjadi
asas hasil yang dihasratkan untuk masa depan," kata pelan pembangunan
berkenaan.
Pelan itu melakarkan visi sistem
pendidikan dan aspiasi pelajar yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa
depan.
Ia mencadangkan 11 anjakan
strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan untuk
mencapai visi yang dihasratkan. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan