ANTARA matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
termasuklah melaksanakan usaha membakukan ejaan dan sebutan serta membentuk
istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
Walau bagaimanapun, realiti yang berlaku hari ini bahasa
Melayu terus berdepan dengan pelbagai krisis dan cabaran, bukan sahaja saingan
daripada istilah asing malah persoalan ketepatan berbahasa dalam kalangan
masyarakat terus berlaku secara sewenang-wenangnya.
Dalam hal ini, kurangnya iltizam dalam kalangan sesetengah
masyarakat untuk merealisasikan hakikat bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa
yang berwibawa di persada global hari ini pastinya mengecewakan kita.
Dari aspek sebutan misalnya, ramai pengguna bahasa yang
masih keliru untuk menyebut perkataan yang menggunakan huruf e dengan tepat.
Hal ini demikian kerana dalam bahasa Melayu, terdapat banyak
perkataan yang mengandungi huruf e pada kata yang sama, tetapi tidak serupa
sebutan dan maknanya. Contohnya, penyebutan perkataan;
• [nasionalisme] –
bunyi huruf e ialah e pepet (sebutan vokal
e sama dengan sebutan untuk emas)
• [peka] - bunyi
huruf e ialah e taling (sebutan vokal e sama dengan sebutan untuk perak)
• [erat] – bunyi
huruf e ialah e pepet
Dari segi kesilapan tatabahasa pula, banyak media cetak
yang mengabaikan ketepatan penggunaan
bentuk kata terbitan berapitan men-…- i dan men- …-kan. Sebenarnya, masalah ini
dapat kita atasi dengan merujuk kepada kamus untuk menentukan makna dan konteks
penggunaannya yang tepat dalam ayat. Daripada pemerhatian penulis, bentuk kata
terbitan tersebut yang sering kali mengelirukan ialah:
i. memberi / memberikan
(Contoh penggunaan yang salah - memberi pandangan)
Dari segi makna;
• memberi bermaksud ‘seseorang mendapat sesuatu’
• memberikan bermaksud ‘menyerahkan sesuatu kepada
seseorang’
Ayat contoh yang tepat:
a. Yayasan
Terengganu memberi pelajar cemerlang biasiswa.
b. Kerajaan
sentiasa memberikan bantuan kepada
petani.
ii. menjatuhi /
menjatuhkan
(Contoh penggunaan yang salah - menjatuhi hukuman )
Berdasarkan makna;
• menjatuhi
bermaksud ‘menyebabkan seseorang menerima sesuatu’
• menjatuhkan
bermaksud ‘mengenakan / menggugurkan sesuatu’
Ayat contoh yang tepat:
a. Mahkamah telah
menjatuhi penjenayah itu hukuman penjara.
b. Hakim telah
menjatuhkan hukuman denda kepada pasangan itu.
iii. menemui /
menemukan
(Contoh kesalahan - menemui kaedah …)
Dari segi makna;
• menemui bermaksud
‘bertemu dengan seseorang’
• menemukan pula
bermaksud ‘mendapat /mencipta sesuatu’
Ayat contoh yang tepat:
a. Pihak majikan
masih belum menemui pekerja berkaitan isu kenaikan gaji.
b. Pihak polis
telah menemukan kereta yang dilaporkan hilang semalam.
iv. mencucuri / mencucurkan
( Contoh kesalahan - mencucuri rahmat…)
Berdasarkan makna;
• mencucuri
bermaksud ‘mengurniai/melimpahi seseorang’
• mencucurkan
bermaksud ‘mengurniakan/melimpahkan sesuatu’
Ayat contoh yang tepat:
a. Kami berdoa
semoga ALLAH mencucurkan rahmat kepada rohnya.
b. Kami berdoa
mudah-mudahan ALLAH mencucuri rohnya rahmat.
Selain itu, kesalahan bahasa juga banyak berlaku pada papan
tanda, contohnya ramai kalangan kita yang tidak sedar bahawa ungkapan yang
sekian lama kita lihat pada papan tanda di jalan raya ‘Kesulitan Amat Dikesali’
sebenarnya sedikit tersasar ketepatannya. Dalam kamus, perkataan kesal
bermaksud ‘perasaan marah atau kecewa’.
Penggunaan kata yang tepat ialah sesal yang bermaksud ‘rasa
bersalah atau insaf’ kerana tindakan pihak terbabit yang menimbulkan kesulitan
kepada pengguna jalan raya. Frasa yang sepatutnya, SEGALA KESULITAN AMAT
DISESALI.
Sebagai kesimpulannya, salah satu langkah yang tepat untuk
membina kesempurnaan berbahasa adalah melalui penggunaan kamus, terutama Kamus
Pelajar terbitan DBP. Kamus ini sepatutnya diuar-uarkan sebagai bahan pedoman
penting para pelajar untuk berbahasa dengan betul.
Sesungguhnya, memartabatkan bahasa Melayu merupakan
tanggungjawab kita bersama. Kata pepatah Melayu, kalau tak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya.
Ruangan ini dikelolakan oleh DBP Wilayah Timur
Sumber : http : //www.sinarharian.com.my/
Saya sangat bersyukur kepada Ibu Iskandar Lestari karena telah memberi saya pinjaman sebesar Rp700.000.000,00 saya telah berhutang selama bertahun-tahun sehingga saya mencari pinjaman dengan sejarah kredit nol dan saya telah ke banyak rumah keuangan untuk meminta bantuan namun semua menolak saya karena rasio hutang saya yang tinggi dan sejarah kredit rendah yang saya cari di internet dan tidak pernah menyerah saya membaca dan belajar tentang ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM di salah satu blog saya menghubungi Mrs Iskandar Lestari konsultan kredit via email:(iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com) dengan keyakinan bahwa pinjaman saya diberikan pada awal tahun 2017 dan harapan datang lagi, kemudian saya menyadari bahwa tidak semua perusahaan pinjaman di blog benar-benar palsu karena semua hautang finansial saya telah diselesaikan, sekarang saya memiliki nilai yang sangat besar dan usaha bisnis yang patut ditiru, saya tidak dapat mempertahankan ini untuk diri saya jadi saya harus memulai dengan membagikan kesaksian perubahan hidup ini yang dapat Anda hubungi Ibu Iskandar via email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)atau melalui dia BBM INVITE:{D8980E0B} facebook (www.facebook.com/iskandar.lesteri.7)
BalasPadamWebsite: (iskandarlestari.wordpress.com)
Calls Only ::{+16264653418}
WhatsApp Only::{+33753893351}