Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
Timbalan Pengarah
bahagian itu, Dr. Mohamad Nor Mohamad Taib berkata, strategi yang dicadangkan
adalah dengan pengambilan pakar bahasa Inggeris (mentor) dari luar negara untuk
bekerjasama dengan pakar negara ini bagi tujuan mempertingkatkan penguasaan
bahasa Inggeris di kalangan guru mata pelajaran tersebut.
"Matlamat
utama program adalah untuk meningkatkan kapasiti tenaga pengajar dalam pedagogi
dan pengetahuan bahasa Inggeris yang seterusnya dapat membantu menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah lebih menarik,"
katanya.
Beliau berkata
demikian ketika ditemui semasa sesi lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung
Bijat bagi menyaksikan pelaksanaan program tersebut di Sri Aman, Sarawak,
baru-baru ini.
Program ini
disasarkan kepada guru bahasa Inggeris Tahap Satu (Tahun 1, 2 dan 3) di 1,800
buah sekolah rendah di seluruh negara.
Seramai 360
penutur jati dibahagikan kepada beberapa kawasan di seluruh negara. Seorang
penutur jati dipertanggungjawabkan untuk menjaga lima buah sekolah yang berada
di sesuatu kawasan tersebut.
Tiga syarikat
telah dikenal pasti sebagai vendor untuk mengendalikan program ini selama tiga
tahun iaitu SMR HR Group bagi kawasan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor,
Kuala Lumpur dan Putrajaya; Brighton Education Group (Kelantan, Terengganu,
Pahang, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan) dan British Council Malaysia (Sabah,
Sarawak dan Labuan).
Menurut Mohamad
Nor lagi, selain meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru,
program ini diadakan bagi membantu kementerian meningkatkan tahap kebolehan
berbahasa Inggeris di kalangan murid-murid sekolah luar bandar.
"Kepentingan
program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid di kawasan luar
bandar yang kurang mendapat pendedahan serta peluang.
"Selain
membantu meningkatkan kemahiran dalam penggunaan bahasa Inggeris, program ini
juga secara tidak langsung membolehkan murid-murid luar bandar berkomunikasi
secara langsung dengan guru bahasa Inggeris dari luar negara dan seterusnya
meningkatkan keyakinan diri mereka," jelasnya.
Beliau menambah,
pelbagai pendekatan menarik diwujudkan melalui program ini yang bermatlamat
untuk meningkatkan lagi keseronokan murid-murid untuk belajar bahasa Inggeris
termasuklah aktiviti latihan, aktiviti bercerita dengan muzik dan juga aktiviti
pembelajaran di luar bilik darjah.
"Proses
pengajaran dalam pelbagai bentuk kaedah dan situasi berbekalkan pengalaman dan
cara-cara pengajaran baru ini lebih kreatif dan mampu menambah minat murid-murid
untuk meminati subjek bahasa Inggeris," ujarnya lagi.
Sementara itu,
Guru Besar SK Tanjung Bijat, Fadzli Mohd. Edon berkata, program yang dijalankan
di sekolahnya itu terbukti telah berjaya membawa kepada peningkatan dalam
pembelajaran murid-murid.
"Program ini
sememangnya banyak membawa kebaikan kepada murid dan guru jika diambil manfaat
penuh daripadanya.
"Selain itu,
ibu bapa juga sangat seronok dengan usaha kerajaan dan pihak luar membawa
kelainan positif yang terbukti dapat meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak
mereka seterusnya menambah minat murid untuk datang ke sekolah.
''Program yang
bermanfaat ini diharap dapat diperluaskan ke lebih banyak sekolah bagi memberi
faedah serta manfaat berguna kepada murid-murid," jelasnya.
Sumber : http : //www.utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan