SINGAPURA - Bilangan pelanggan jalur lebar di seluruh dunia sehingga suku pertama 2012 kini melepasi paras 600 juta, demikian menurut perangkaan terbaru yang diteribitkan oleh Forum Jalur Lebar dan disediakan oleh penganalisis industri jalur lebar Point Topic.
Dalam pengumuman semasa CommunicAsia di sini, perangkaan itu
juga menunjukkan Asia berada pada kedudukan teratas jumlah pelanggan paling
tinggi, dalam kedua-dua jalur lebar dan IPTV.
Ketua Pegawai Eksekutif Forum Jalur Lebar Robin Mersh berkata
pertumbuhan itu semakin meningkat.
Asia menduduki tangga teratas dengan 262,080,147 pelanggan
dengan catatan pertumbuhan 3.38 peratus pada suku tersebut.
Lima negara Asia dari kalangan 20 negara teratas menguasai
239 juta pelanggan jalur lebar, yang merupakan sepertiga daripada keseluruhan
global.
Sementara itu, IPTV berkembang kepada 65.6 juta, yang
didahului oleh China. - Bernama
Nota Kaki : IPTV ialah sejenis sistem perkhidmatan televisyen digital yang disampaikan menggunakan Protokol Internet merentasi sebuah prasarana rangkaian yang boleh merangkumi penyampaian melalui sambungan jalur lebar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan