Oleh : Wan Marzuki Wan Ramli
Budi pekerti adalah perilaku yang
terserap dalam jiwa seseorang. Daripada perilaku itulah lahirnya tindakan
sementara yang memerlukan kecerdasan kemantapan minda untuk mengawalnya supaya
tidak terbabas daripada landasannya.
Pepatah Arab ada menyatakan,
kecantikan sebenar seseorang itu bukanlah terletak pada rupa paras, bentuk
badan atau pakaian, tetapi kecantikan hakiki ialah pada ketinggian ilmu,
keunggulan akhlak serta sahsiah diri. Tugas membentuk sahsiah mulia bukan
sesuatu yang mudah kerana ia bermula daripada didikan awal pasangan ibu bapa
kepada anak. Menjadi ibu bapa pada zaman pesat berkembang dan sentiasa berubah
ini bukan mudah.
Ibu bapa menghadapi banyak
cabaran dan dugaan dalam usaha membesar, mendidik serta membentuk sahsiah
akhlak anak.
Pengaruh luar
Peringkat paling sukar sekali
ialah peringkat peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada remaja apabila anak
mula menunjukkan perubahan tingkah laku, pergaulan, minat, pilihan kawan,
peningkatan nafsu syahwat serta gaya berpakaian.
Inilah peringkat yang penuh
pelbagai pengaruh serta tekanan luar yang kebanyakannya membawa pengaruh tidak
baik, melekakan, mengkhayalkan, menyeleweng akidah dan akhirnya merosakkan
akhlak hingga menyebabkan jenayah remaja.
Pembangunan sosioekonomi yang
berlaku begitu pesat, minda, ketahanan iman dan jati diri mudah tergugat akibat
pengaruh pemikiran yang diimport, budaya serta nilai luaran mencemari
seterusnya menghakis nilai Islam.
Kemewahan cemar budaya
Kemewahan dan kebendaan daripada
kekayaan yang dinikmati hasil usaha pembangunan ekonomi sedikit demi sedikit
mula menghakis dan mencemari budaya kita.
Akhirnya ketahanan diri remaja
lentur dan pupus mengakibatkan sebahagian daripada mereka terjebak dalam
penagihan dadah, aktiviti jenayah, lepak, pengangguran dan maksiat.
Wajarkah kita menyalahkan ibu
bapa jika anak tersalah pilih kawan yang mempengaruhi dirinya bertindak di luar
batasan. Sukar untuk menangani isu ini kerana tidak tahu ke mana jari hendak
dituding.
Bagaimanapun, sedikit sebanyak,
ibu bapa perlu memikul tanggungjawab jika anak terjebak dalam perkara menyalahi
undang-undang serta ajaran agama.
Sikap tidak mahu bertegas atau
memberi perhatian terhadap perkembangan anak boleh menyebabkan mereka tersalah
langkah.
Bina keluarga berpandu ajaran
agama
Islam memberi penekanan kepada
kepentingan membina keluarga yang sejahtera berpandukan ajaran agama kerana
jika ibu bapa mampu menanam keimanan jitu, anak akan dapat membezakan yang baik
dengan buruk.
Justeru, ibu bapa tidak boleh
beranggapan apabila anak sudah dewasa, mereka boleh dibiarkan menentukan cara
hidup. Ibu bapa masih perlu memberi pandangan serta panduan terutama apabila
melihat anak mula tersasar daripada jalan yang benar.
Sumber : http : //www.bharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan