Jadilah seorang lelaki beriman, yang mengerti erti taqwa dan
menghayati kehidupan beragama ini. Kelak dalam hidupmu menggarap ilmu daripada setiap
taman-taman Syurga lalu meraih makrifah.
Jadilah seorang lelaki yang bertaqwa lalu meniti kehidupan
dengan hati yang berpaut kepada Allah. Tegar solatlah sekhusyuknya di sejadah
cintamu sebagai hamba
Jadilah seorang lelaki yang sopan berakhlak, penyayang dan
pemurah kerana kau dijadikan Allah untuk memberi kudrat dan jiwamu untuk
berkorban. Pancarkan maruahmu dengan amal yang mampu diteladani.
Jadilah seorang lelaki yang santun kepada orang tuamu,
seorang lelaki yang teguh menyayangi anak isteri dan saudara-saudaramu. Mereka
mengagumimu sebagai pahlawan dengan pembawaan muliamu itu.
Jadilah seorang lelaki yang memegang al-Quran di tangan
kanan dan sunnah di tangan kirimu, menggenggam Islam tanpa tiris dan bocor dan
menggigit iman sekukuhnya di gerahammu. Kautitilah jalan-jalan perjuangan
dengan ketabahan hati sekental hati Nabi s.a.w.
Jadilah seorang lelaki yang berani berkata benar di hadapan
pemerintah yang zalim.
HASANUDDIN MD ISA
Institut Aminudin Baki
Sri Layang
25.9.2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan