Oleh : RAHMAWATI NURDIN
RAMAI perokok tegar mendakwa
rokok elektronik atau e-rokok mampu menjadi pilihan untuk mengurangkan tabiat
merokok dan sekali gus mampu membuang tabiat merokok mereka sejak
bertahun-tahun lamanya.
Tetapi, tanpa disedari,
sebenarnya rokok elektronik ini mengundang pelbagai penyakit kronik seperti
penyakit jantung dan paru-paru kepada mereka yang menggunakannya.
Berdasarkan kajian terbaharu yang
dibentangkan dalam Laporan Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS)
mendapati e-rokok ini mampu merosakkan paru-paru.
Alat itu didapati mengakibatkan
kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan
segera dalam rintangan udara paru-paru.
Perkara ini juga disokong oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengatakan bahawa "tiada kajian yang
sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai bahan gantian kepada
nikotin".
Oleh itu, pihak pengeluar harus
melakukan kajian yang mendalam untuk menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok
boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok.
Malah, kenyataan ini juga
disokong oleh Jabatan Kesihatan Kanada (2009) yang berpendapat penggunaan
e-rokok tidak digalakkan kepada rakyatnya kerana mempunyai kesan negatif atas penggunaannya.
Kesimpulannya, pengambilan rokok
elektronik sememangnya mempunyai impaknya yang tersendiri terhadap kesihatan
sama dengan rokok tembakau.
Terdapat pelbagai alternatif lain
yang boleh membantu dalam usaha mengurangkan tabiat merokok. Namun, semuanya
terpulang kepada diri anda sendiri, sejauh mana anda nekad untuk berhenti
merokok?
Ingatlah kesihatan sangat
berharga dan ia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
UPM, SERDANG.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan