KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal
dua dasar baru, yang berkuat kuasa semalam, bagi meningkatkan peluang
permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.
Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana
Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi
membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang
bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.
Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang
memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang
berkelayakan SPM.
Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan
sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i
berbanding lima jawatan sebelum ini.
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada
calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian.
Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan
untuk lebih daripada lima jawatan. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan