Pasukan badminton Malaysia
bergambar bersama hadiah
utama selepas dinobatkan sebagai juara Piala Axiata
2013
|
KUALA LUMPUR : Pasukan Malaysia muncul sebagai juara Piala Axiata selepas menewaskan Thailand 3-1 pada aksi akhir di Stadium KLBA, Cheras, Ahad.
Skuad negara yang gagal mara ke
final tahun lalu berjaya mengungguli kejohanan bernilai US$1 juta (RM3.03 juta)
ini dengan menyaksikan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei membuat
penampilan mengejut buat kali pertama.
Chong Wei yang baharu menyambut
kelahiran anak lelaki dua hari lalu, mengakui aksinya ini adalah keputusan pada saat akhir.
"Saya tidak mahu bermain
sebab baru menyambut kelahiran anak, Kingston tetapi saya mengambil keputusan
untuk beraksi sebab mahu membantu negara mendapat tempat pertama.
"Jurulatih ada bertemu saya
semalam (Sabtu) dan saya bersetuju. Kejohanan ini bagus kerana kita tidak
pernah menang acara campuran selain Sukan Komanwel (Melbourne 2006 dan New
Delhi 2010) dan ia manjadi faktor kenapa saya bersetuju.
"Saya gembira kerana berjaya
menjalankan tugas saya dan berterima kasih kepada rakan sepasukan dan semua
penyokong," jelasnya.
Satu lagi perlawanan melibatkan
pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang menang
bergaya ke atas Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam, 21-16, 21-15.
Manakala pasangan beregu utama
negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut menang dengan mengetepikan Boonsak
Ponsana-Songphon Anugritayawon, 21-10, 21-17.
Isteri Perdana Menteri, Datin
Seri Rosmah Mansor telah menyampaikan trofi serta replika cek bernilai
$US400,000 kepada barisan skuad badminton tanah air.
KEPUTUSAN PENUH:
MALAYSIA 3 THAILAND 1
Sonia Cheah klh Ratchanok Inthanon 16-21, 17-21
Goh Liu Ying/Chan Peng Soon mn Sudket
Prapakamol/Saralee Thoungthongkam 21-16, 21-15
Lee Chong Wei mn Tanongsak Saensomboonsuk 21-12,
21-18
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mn Boonsak
Ponsana/Songphon Anugritayawon 21-10, 21-17.
Sumber : http : //www.mstar.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan