KUALA LUMPUR : Sebanyak 60 peratus graduan universiti
mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.
Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, sebanyak 15 peratus graduan pula
sedang menyambung pengajian manakala 25 peratus lagi mengambil sedikit masa
untuk mendapat pekerjaan.
Beliau berkata, berdasarkan
kajian susulan yang dilakukan kerajaan terhadap graduan pada 2012, hampir
kesemua siswazah mendapat pekerjaan dalam tempoh dua tahun selepas tamat
pengajian.
"Kita juga berjaya
mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 385,000 pekerjaan pada 2011 dengan
perkembangan ekonomi sebanyak 5.1 peratus. Malah jumlah itu terus meningkat
kepada 438,800 dengan pertumbuhan ekonomi pada 2012.
"Ini bermakna kadar
pengangguran telah menurun daripada 3.1 peratus kepada 3 peratus pada 2012. Ia
merupakan kadar yang amat rendah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika
menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Isnin.
Ketika mengemukakan soalan
tambahan, Anwar berkata kadar pengangguran siswazah mencecah kira-kira 80,000
orang dan kadar pengangguran tiga peratus itu tidak termasuk dalam kategori
tidak mendapat pekerjaan.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai
perkara itu, Abdul Wahid berkata, kerajaan telah menawarkan pelbagai program
seperti Jobs Malaysia dan Skim Latihan 1Malaysia untuk memadankan pekerja dengan
majikan.
"Program itu berjaya melatih
graduan untuk mendapat pekerjaan sesuai dan meningkat kebolehpasaran kerja di
kalangan mereka," katanya.
Sumber : http : //mstar.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan