Oleh RAZAK AHMAD
PETALING JAYA : Empat daripada 10 pengundi baru didaftarkan
adalah di bawah kategori 'Generasi Y' yang akan menentukan keputusan pilihan
raya umum ke-13 (PRU-13).
Ekoran itu, Barisan Nasional (BN) mahupun pakatan
pembangkang sedang berusaha keras untuk mendekati kalangan pengundi ini.
Daripada seramai 12,912,590 pengundi berdaftar di seluruh
negara sehingga kini, 5,175,096 atau 40 peratus pengundi berusia antara 21
hingga 39 tahun.
"Generasi Y' merupakan mereka yang terdiri daripada
kumpulan celik teknologi, dilahirkan antara 1980 dan 2000.
Generasi tersebut sering disifatkan sebagai 'berfikiran
bebas dan kesetiaan politik mereka tidak tetap' kerana akses yang lebih luas
kepada maklumat.
"Kebanyakannya merupakan 'pengundi atas pagar' yang
akan membuat keputusan pada saat-saat akhir," kata pensyarah Universiti
Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian yang melakukan kajian
terhadap 1,500 pengundi muda baru-baru ini.
"Kedua-dua parti politik perlu mengerah tenaga untuk
memikat hati pengundi muda ini."
Pensyarah Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Shaharuddin
Badaruddin berkata, pengundi yang berusia 40 tahun ke atas merupakan penyokong
tetap atau sebaliknya sama ada BN atau pakatan pembangkang dengan kedu-dua
parti memperoleh sokongan hampir sama.
Beliau berkata, generasi muda yang sebahagian besarnya
adalah 'pengundi atas pagar' boleh menjejaskan keputusan pilihan raya kedua-dua
parti.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan
Ahmad Wan Omar bersetuju bahawa golongan tersebut tidak mengikut apa yang
dikatakan orang lain. Jika seseorang melihat dari perspektif ini, maka pengundi
muda mungkin menjadi penentu, walaupun tiada sesiapa yakin mengenai perkara ini."
Sejak 2008, BN dan Pakatan Rakyat sentiasa menarik perhatian
pengundi 'Generasi Y'.
Bagaimanapun, kedua-dua parti dapat meramalkan dengan tepat
kelakukan kumpulan ini semasa mengundi.
"Semua strategi dan polisi sejak 2008 sentiasa
disasarkan ke atas pengundi muda."
"Sejak dari itu, kami menyedari bahawa kumpulan
terbesar pengundi pada pilihan raya akan datang terdiri daripada pengundi
muda," kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, jumlah 'pengundi atas pagar' di kalangan
pengundi muda kekal pada kadar tertinggi iaitu 65 peratus.
Undi 'Generasi Y' juga merupakan keutamaan untuk Pakatan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata 40
peratus daripada calon parti adalah berusia dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun
sebagai usaha untuk memancing pengundi muda.
"Pengundi muda kebanyakannya non-partisan, jadi kami
perlu mendekati dan meyakinkan mereka bahawa kami adalah parti terbaik untuk
mewakili mereka," katanya.
Sumber : http : //www.mstar.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan