MOHD ZULFADLI SHARIFUDIN
SKUAD Harimau Malaya akhirnya mempamerkan taring sebenar
apabila meleburkan rekod tanpa kalah selama lapan tahun apabila menewaskan
Singapura 2-0 pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam sebentar
tadi.
Harimau Malaya yang beraksi di hadapan 25,000 penyokong mempamerkan aksi mantap namun beberapa
percubaan mereka gagal menembusi sasaran.
Penyerang Negeri Sembilan yang sedang meningkat naik, Ahmad
Shakir Ali berjaya memecah kebuntuan dengan menanduk masuk bola hantaran
Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-18.
Malaysia dilihat banyak mendominasi babak pertama perlawanan
dan melancarkan serangan berbahaya ke gawang Singapura.
Serangan skuad Singapura pula berjaya dipatahkan oleh
gandingan pertahanan, Aidil Zafuan dan Amiridzwan Taj Tajudin serta ketangkasan
penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Pada aksi babak kedua, Harimau Malaya mempamerkan aksi yang
serupa untuk menambah gol.
Jentera tengah yang diketuai Safiq Rahim juga banyak
mendominasi berbanding Singapura.
Malaysia banyak membuat serangan melalui pemain
sayap.
Gerakan menarik menerusi pemain sayap, S. Kunalan dan
Azamuddin Akil juga berjaya mengucar-kacirkan benteng Singapura.
Kapten pasukan, Safiq Rahim berjaya menambah gol kedua
pasukan selepas membuat sepakan percuma cantik menewaskan penjaga gol,
Hyrulnizam Juma'at pada minit ke-61.
Selang empat minit kemudian, penyerang sensasi, Safee Sali
dibawa masuk untuk menguatkan lagi jentera serangan dengan menggantikan
penjaring gol pertama, Shakir Ali.
Pada minit ke-67, insiden kekasaran berlaku apabila pemain
Singapura, Mustafic Fahrudin dilayangkan kad merah selepas mengasari Norshahrul
Idlan.
Malaysia mengawal tempo permainan dengan baik sehingga
tambahan masa empat minit pada waktu kecederaan dan keputusan kekal sehingga
tamat perlawanan.
Pada pertemuan di Stadium Jalan Besar Jumaat lalu, pasukan
Harimau Malaya mencatat keputusan seri 2-2, walaupun berjaya mendahului dengan
kelebihan dua gol.
Sebelum ini, Malaysia tewas di tangan Singapura menerusi
agregat 4-2 pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Julai lepas.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menang ialah pada 12
Julai 2004, ketika itu dikendalikan oleh Allan Harris. Skuad Harimau menang 2-0
pada perlawanan persahabatan.
Senarai kesebelasan utama:
Malaysia:
22. Khairul Fahmi Che Mat
5. Bunyamin Omar
7. Aidil Zafuan
11. Amiridzawan Taj Tajudin
27. Fadhli Shas
15. K.Gurusamy
8. Safiq Rahim (k)
6. Azamuddin Akil
16. S.Kunalan
20. Shakir Ali
9. Norshahrul Idlan Talaha
Jurulatih : Datuk K.Rajagobal
Singapura:
18. Hyrulnizam Juma'at
4. Isa Abdul Halim
5. Baihakki Khaizan (k)
15. Mustafic Fahrudin
13. Raihan Rahman
8. Shahdan Sulaiman
19. Irwan Shah Arismail
16. Bennett Daniel Mark
10. Firdaus Kasman
25. Qiu Li
9. Alexander Duric
Jurulatih : Radojko Avramovic
Sumber : http : //www.soinarharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan