KUALA LUMPUR : Status
keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, matrikulasi,
asasi serta setaraf bagi ijazah pertama boleh disemak mulai 12 tengah hari
esok.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian
Tinggi, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa berkata calon boleh membuat semakan
keputusan menerusi laman web - http://upu.mohe.gov.my,
http://www.jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, http://jpt.unimas.my atau
http://jpt.ums.edu.my.
"Calon turut boleh
mengetahui status mereka melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bagi semua talian
telefon bimbit dengan menaip UPU jarak RESULT jarak diikuti dengan nombor kad
pengenalan, dan hantar ke 15888 atau menghubungi talian hotline 03-88706767, helpline
03-88706777 dan talian am 03-88706755 atau 6766," katanya dalam satu
kenyataan di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata calon juga boleh
menyemak dan mencetak surat tawaran rasmi menerusi laman web rasmi IPTA mulai
Selasa ini, dan rayuan dianggap gagal sekiranya tiada sebarang tawaran diterima
daripada IPTA sehingga akhir bulan ini.
Calon yang menghadapi sebarang
pertanyaan dan kemusykilan boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan
Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-88706767 dan 03-88706777. -BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan