Tun Zaki Tun Azmi
Menurut kenyataan sekretariat suruhanjaya berkenaan, terma
rujukan itu termasuk merasionalisasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan
keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan, serta memastikan
transformasi kepimpinan perkhidmatan awam yang berupaya menyeimbangkan
kepentingan politik dan pentadbiran.
Selain itu, ia juga untuk memperkasa modal insan
perkhidmatan awam bagi menyampaikan perkhidmatan yang responsif kepada kehendak
pelanggan.
Terma keempat adalah untuk mengutamakan kebajikan penjawat
awam dengan memastikan perkhidmatan awam yang lebih fleksibel dan adil.
Suruhanjaya khas yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim
Negara Tun Zaki Tun Azmi itu telah bermesyuarat dua kali iaitu pada 7 Jun dan
Rabu lepas dengan kesemua enam anggota suruhanjaya menghadirinya.
Suruhanjaya itu turut mempelawa orang ramai mengemukakan
cadangan dan pandangan ke arah penambahbaikan perkhidmatan awam negara melalui
laman web http://docs.jpa.gov.my/skmtpa.
Sumber : http: //www.bernama.com.my/
Sumber : http: //www.bernama.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan