Oleh : ROHAMI SHAFIE
SEMASA era penghujung tahun
1980-an, warga asing mula berhijrah ke Malaysia untuk bekerja sepenuh masa.
Ketika itu, kebanyakan pekerja asing terdiri daripada rakyat Indonesia sahaja.
Kedatangan mereka disambut baik oleh rakyat Malaysia kerana mereka telah banyak
membantu membangunkan ekonomi negara.
Tahun 1990-an, Malaysia telah
beralih sepenuhnya daripada sebuah negara berpaksikan pertanian kepada negara
berteraskan industri. Banyak kilang dibina, maka, mahu tidak mahu Malaysia
terpaksa mengimport warga asing. Rakyat kita tidak terkecuali mula bekerja di
kilang terutamanya wanita muda.
Pekerjaan sebagai pembantu rumah
atau amah sudah tidak digemari oleh wanita muda tempatan. Bagi mereka, bekerja
sebagai pekerja kilang lebih bebas. Trend perindustrian di Malaysia berterusan
dengan pesatnya telah membawa warga asing datang bekerja ke Malaysia. Mereka
ini bukan sekadar bekerja sebagai pekerja perindustrian, malahan kedatangan
wanita warga asing sebagai pembantu rumah mengambil alih peranan wanita
Malaysia.
Kemajuan perindustrian di
Malaysia telah meningkatkan ekonomi negara. Lebih banyak bangunan-bangunan baru
dibina dan sekali lagi kita terpaksa mengimport buruh asing. Meskipun negara
kita pernah mengalami kemelesetan ekonomi 15 tahun yang lalu, namun demikian
jumlah warga asing yang datang bekerja ke Malaysia tidak pernah berkurangan.
Jumlah mereka semakin bertambah
sehinggakan mereka semakin berani dalam banyak segi.
Pertama, jumlah kadar jenayah seperti merompak, pelacuran, menipu, merogol dan pecah rumah semakin bertambah dalam kalangan warga asing.
Pertama, jumlah kadar jenayah seperti merompak, pelacuran, menipu, merogol dan pecah rumah semakin bertambah dalam kalangan warga asing.
Kedua, mereka bermaharajalela
berniaga di negara kita tanpa langsung rasa gentar dikenakan tindakan.
Ketiga, mereka berani mengganggu penduduk tempatan terutamanya gadis-gadis tempatan.
Keempat, mereka semakin berani membuat kacau seperti bergaduh sesama sendiri sehingga menakutkan penduduk tempatan.
Ketiga, mereka berani mengganggu penduduk tempatan terutamanya gadis-gadis tempatan.
Keempat, mereka semakin berani membuat kacau seperti bergaduh sesama sendiri sehingga menakutkan penduduk tempatan.
Kelima, mereka semakin berani
mengimport budaya buruk kehidupan mereka ke negara kita seperti mengemis di
jalan raya yang sesak dengan kenderaan dan minum minuman keras di khalayak
ramai.
Jumlah mereka yang semakin ramai
menyebabkan keselamatan negara kita boleh tergugat pada bila-bila masa sahaja.
Bayangkan apa yang akan terjadi jika mereka melakukan rusuhan secara
besaran-besaran. Mampukah pihak penguatkuasa menangani mereka ketika rusuhan
berlaku?
Tidak terkecuali mereka ini
jugalah boleh dibayar untuk berarak di jalanan dengan mengadakan pelbagai
demonstrasi yang ditaja oleh pihak tertentu. Amat menghairankan, pihak penguat
kuasa tidak mengambil satu tindakan secara holistik menangani pendatang asing.
Yang ada, tindakan-tindakan kecil
yang tidak langsung menakutkan mereka, jauh sekali membanteras kegiatan jenayah
mereka. Mereka tidak gentar mengulangi kegiatan mereka. Umpamanya, acap kali
kita dengar serbuan dibuat terhadap kelab-kelab malam yang menjadi sarang
pelacuran warga asing. Meskipun diserbu berpuluh-puluh kali sekali pun, warga
asing tetap bermaharajalela melakukan kegiatan terkutuk tersebut.
Satu lagi yang amat membingungkan
penulis apabila mereka ini terang-terangan berniaga. Bukan sekadar berniaga di
gerai-gerai tepi jalan, tetapi ada dalam kalangan mereka berniaga menggunakan
premis. Tidak cukup dengan itu, bahasa yang digunakan pula bahasa ibunda
mereka.
Jenguk-jenguklah di Jalan Tunku
Abdul Rahman (TAR) dan Taman Tanming Jaya, Balakong. Premis di Jalan TAR
terang-terangan menggunakan bahasa Indonesia manakala sebuah premis perniagaan
di Taman Tanming Jaya pula tertera bahasa Myanmar. Di manakah pihak berkuasa
tempatan (PBT)?
Cukup membinggungkan kerana kita
sendiri sebagai warga Malaysia tidak berani dengan mereka sedangkan mereka pula
saban hari semakin berani dan bermaharajalela. PBT sepatutnya membantu pihak
penguat kuasa yang lain terutamanya imigresen untuk membanteras kegiatan warga
asing.
Sebaik-baiknya mereka ini tidak
langsung diberi muka untuk berniaga. Bagi warga negara Malaysia yang menjual
premis atau menyewa premis perniagaan kepada warga asing, mereka ini perlu
diambil tindakan paling tegas. Mereka inilah antara faktor penyebab warga asing
semakin berani dan menidakkan hak rakyat tempatan.
Malahan, tidak keterlaluan
dikatakan mereka ini jugalah yang menyebabkan rakyat Malaysia sendiri berada
dalam keadaan ketakutan kerana semakin ramai warga asing datang ke Malaysia.
Bagi mereka, Malaysia tempat yang mudah untuk berniaga.
Di negara asal mereka, mereka
bukan sahaja tidak dibenarkan berniaga, malahan mereka ditindas dengan
teruknya. Di Malaysia, kita terlalu memberi muka terhadap warga asing sampaikan
nasib rakyat Malaysia dipinggirkan.
Warga asing yang datang ke Malaysia
kini terdiri dari pelbagai negara. Warga asing dari negara Afrika pula semakin
bertambah dari semasa ke semasa. Mereka ini cerdik untuk menipu warga tempatan.
Sudah begitu banyak kerugian wang ringgit yang melibatkan warga tempatan.
Tetapi mana perginya tindakan ke atas mereka?
Amat membimbangkan jika keadaan
ini tidak ditangani dengan baik, suatu hari nanti, warga asing akan menguasai
Malaysia dengan penguasaan ekonomi negara.
Jika ini berlaku, kita sudah
tidak bebas dalam erti kata sebenar. Ini tidak mustahil berlaku kerana sudah
nampak petanda mereka semakin menguasai perniagaan dan ekonomi. Tangani segera
sebelum terlambat demi anak cucu cicit kita. Menyesal kemudian tiada gunanya.
PENULIS ialah Pensyarah Kanan
Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan Dan Felo Penyelidik
Institut Keusahawanan dan Koperasi, Universiti Utara Malaysia.
Sumber : http : //www.utusan.com.my/