Sembelihan menurut Mazhab Imam As-Syafie mestilah dengan
memutuskan dua urat utama pada leher binatang yang berkenaan iaitu; 1) Urat Halkum(saluran pernafasan), 2) Urat Marih(saluran makanan) kerana dengan putusnya kedua-dua urat berkenaan maka akan mudahnya haiwan berkenaan mati. Dalam Mazhab As-Syafie disunatkan turut sama
memotong Urat Al-Wijdan iaitu saluran darah. Jika haiwan berkenaan pendek lehernya seperti lembu disembelih dihujung lehernya manakala jika panjang lehernya seperti unta disembelih dipangkal lehernya.
Berdasarkan Mazhab As-Syafie juga amalan yang sunat ketika menyembelih binatang korban adalah seperti berikut:
1.Mengadap Kiblat.
2.Membaca: "Bismillahi wallahu Akbar"بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر.
3.Membaca Salawat
4.Membaca doa : أللهم هذا منك وإليك
5.Elok juga ditambah doa: أللهم تقبل مني كما تقبلت من إبراهيم خليلك
Rujukan : الفقه الإسلامي وأدلته، الدكتور وهبة الزحيلي ج:4، ص:2736Sumber : http://zuridanmdaud.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan