Jumaat, 19 Februari 2010

RAHSIA BAHASA PERTIWI

Aku membeli
kebijaksanaan ilmu
menikmati lazat pemikiran
dalam bahasa falsafah ini.

Aku menjual kesantunan budi
memperaga anggun warisan
dalam bahasa sopan ini.

Aku membaca luka sukma
merawat sengsara perasaan
dalam bahasa kemanusiaan ini.

Aku menghirup damai abadi
menikmati tenang emosi
dalam bahasa toleransi ini.

Dakaplah bahasa pertiwi dengan berahi
berbantalkan keyakinan
atas ranjang permodenan.

RAJA RAJESWARI SEETHA RAMAN
Kuala Lumpur

Sumber : http : //www.bharian.com.my/

1 ulasan:

  1. Ada metafora, dan banyak unsur personafikasi. Mesejnya jelas, mudah difahami. Penyajak ini contoh anak Malaysia yang menjiwai bahasa kebangsaan.

    Tapi ada kalangan kita, rang Melayu sendiri 'jelek' berbahasa ibunda, malah lebih senang bicara dengan bahasa penjajah, akhirnya jadilah bahasa kita seperti 'ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan'..

    Salah siapa?

    BalasPadam