Selasa, 11 Januari 2011

ISU PENARIKAN BALIK NOVEL SPM : Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum

PUTRAJAYA: Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum mempertahankan novel Interlok sebagai teks Komponen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) Tingkatan 5 tanpa sebarang pindaan kepada Kementerian Pelajaran di sini.

Memorandum diterima oleh Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran, Dr Khair Mohamad Yusof.
PENA yang diwakili Presidennya, Mohamad Saleeh Rahamad, turut diiringi Presiden Mimbar Permuafakatan PIBG Nasional, Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan; Timbalan Pengerusi Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Zainal Mohd Jais dan Ketua 1 Persatuan Penulis Johor (PPJ), Amiruddin Md Ali Hanafiah.

Sumber : http : //www.bharian.com.my/

Tiada ulasan:

Catat Komen