Selasa, 8 Mac 2011

ISU BAHASA : PABM Luaskan pengaruh Bahasa Melayu

PARA peserta PABM bergambar kenangan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

BANGI – Penganjuran Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) adalah salah satu usaha kerajaan untuk memartabatkan pengaruh Bahasa Melayu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, program itu juga merupakan satu bentuk kesedaran dan satu perang psikologi kepada rakyat negara ini yang membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan bahasa kebangsaan.

"Bahasa Melayu semakin diperkasakan dan diperluaskan penggunaannya ke pusat-pusat ilmiah di seluruh dunia,” katanya pada Majlis Resepsi Meraikan Peserta Pertandingan PABM di Hotel Equatorial di sini malam tadi.

Menurut beliau, kementeriannya juga yakin PABM mampu memupuk semangat cintakan bahasa kebangsaan di sanubari pelajar-pelajar di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi tempatan.

Katanya, PABM juga akan memberi kesedaran tentang kepentingan memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai satu alat penyatuan untuk negara pelbagai kaum seperti Malaysia.

Sumber : http : //www.kosmo.com.my/

Tiada ulasan:

Catat Komen