Senario di atas sebahagian daripada masalah generasi muda terutama
kanak-kanak dan remaja, hari ini. Kepesatan dunia teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) adalah kelebihan positif buat remaja mencari maklumat dan
menikmati faedah teknologi maklumat (IT).
Namun, situasi membimbangkan seperti itu terjadi berikutan remaja gagal
mengawal kecenderungan masa di alam maya menyebabkan mereka ‘terkurung’ dalam
dunia ciptaan sendiri.
Jika dibandingkan zaman kanak-kanak generasi Y (lahir di awal 80-an), permainan
teng-teng, melastik dan permainan minda, sahiba adalah cara membina komunikasi
bersama individu sekeliling termasuk ibu bapa serta rakan sebaya.
Bagi Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Psikiatri Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fairuz Nazri Abd Rahman,
tiada cara mudah menyekat remaja daripada melakukan aktiviti kegemaran
masing-masing.
Bagaimanapun, kebijaksanaan ibu bapa atau penjaga memanipulasi situasi
sekali gus mengawal masa anak-anak di alam maya mampu mengatasi masalah suka
bersendiri dan masalah mental dihadapi.
“Internet dan alam maya adalah tanda kepesatan teknologi, memudahkan kerja
dan ada pelbagai keseronokan, maklumat dan hiburan.
“Namun, ketagihan internet terlampau hingga berbelas-belas jam sehari
berisiko menjejaskan perkembangan minda pelayarnya, menyebabkan tingkah laku
tidak terkawal (agresif), kurang berinteraksi dan cenderung meniru aksi
ditonton pada alam maya.
“Malah, kebanyakan remaja terutama lelaki secara tidak sengaja mudah
terikut dengan pengaruh rakan sebaya sekali gus terjebak melayari laman web
porno atau lucah,” katanya.
Jelasnya, peranan ibu bapa adalah mengehadkan aktiviti anak-anak di hadapan
skrin, jauhi tindakan memberikan gajet sebagai alat supaya anak leka dan tidak
meragam atau menggunakan gajet sebagai penghubung atau alat pemantau anak di
luar rumah.
Sumber : http : //www.bharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan