Rabu, 5 Disember 2012

ISU SOSIAL : Indeks persepsi rasuah Malaysia meningkat


KUALA LUMPUR 5 Dis. - Malaysia terus mencatatkan peningkatan dari segi persepsi rasuah apabila menduduki tempat ke-54 dunia, turun enam tangga berbanding ke-60 tahun lalu.

Laporan badan bebas antarabangsa, Transparency International hari ini menunjukkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara naik daripada 43 mata tahun lalu kepada 49 mata bagi tahun 2012.

Kedudukan tersebut menyamai tiga negara lain iaitu Republik Czech, Latvia dan Turki manakala di peringkat Asia pula, Malaysia di tangga ke sembilan.

Dalam kalangan negara ASEAN pula, Malaysia berada di kedudukan ketiga selepas Singapura (kelima) dan Brunesi Darussalam (46).

Singapura terus kekal sebagai negara Asia paling bersih dengan 87 mata CPI, diikuti oleh Hong Kong (77 mata) dan Jepun (74 mata).

Maklumat lanjut mengenai laporan CPI tersebut boleh dilayari di Transparency International . - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Komen