PUTRAJAYA : Jumlah pelajar yang
mendapat gred A bagi semua mata pelajaran dalam ujian Penilaian Menengah Rendah
(PMR) tahun ini merosot berbanding tahun lalu.
Seramai 30,474 daripada 440,643
calon yang menduduki peperiksaan itu mencatat gred A bagi semua matapelajaran,
menunjukkan penurunan sebanyak 0.85% berbanding 2011.
Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran, Dr Amin Senin berkata keputusan itu perlu dianalisis dengan lebih
lanjut untuk menjelaskan mengenai kemerosotan tersebut.
"Sama ada ia adalah prestasi
keseluruhan atau pelajar cemerlang dalam mata pelajaran individu, kita perlu
melakukan kajian secara menyeluruh untuk menerangkan pencapaian para
pelajar," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan itu
disini pada Rabu.
Sementara itu, hanya 241 calon
memperoleh keputusan gred E dalam semua mata pelajaran berbanding 346 calon
tahun lalu.
Sumber : http : //www.mstar.com.my/
Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang memperoleh kejayaan cemerlang dalam PMR 2012, khususnya buat anakanda Nurul Huda yang memperoleh pencapaian 9A... TAHNIAH!!!
BalasPadam