KUALA LUMPUR - Keputusan
peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin
depan (18 Mac).
Menurut kenyataan Majlis
Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka
di sekolah masing-masing mulai 12 tengah hari manakala calon persendirian akan
memperolehinya melalui pos.
Calon juga boleh menyemak
keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM
RESULT No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
Keputusan juga boleh diperoleh dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah
hari, hari yang sama.
Satu sidang media mengenai
analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada 12 tengah hari, hari
yang sama di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.
Pada 2012, seramai 51,673 calon
menduduki peperiksaan STPM di 760 pusat pemeriksaan pada 2012 dan daripada
jumlah itu, 47,708 adalah calon sekolah kerajaan, 1,112 calon sekolah swasta,
2,795 calon persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri.
Sementara itu, calon yang
menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 boleh menyemak keputusan mereka
dengan melayari laman web MPM atau menghantar SMS pada 21 Mac ini. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan