Aktiviti debat mampu meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar |
Oleh : MOHD. HAFIZ ABD.
MUTALIB
KOTA BHARU 24 Mac -
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memperkasakan penguasaan bahasa
Inggeris dalam kalangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang
didapati masih lemah menyebabkan mereka sering kali gagal dalam sesi temu duga.
Ketua Setiausaha Kementerian
Pengajian Tinggi, Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, selain lemah bahasa
Inggeris, siswazah IPT tempatan juga dikatakan memiliki tahap berkomunikasi
yang rendah dan perkara tersebut diakui serta sering kali dibangkitkan oleh
pihak industri.
"Atas kegagalan itu mereka
akhirnya gagal mendapat pekerjaan walaupun berulang kali menghadiri temu duga.
"Pelajar kita ini dari segi
peperiksaan mereka bagus, dari segi penguasaan dan komunikasi mereka lemah. Mereka
boleh menjawab soalan, tetapi apabila bercakap,
menghadiri temuduga, atau menyampaikan ceramah tidak sampai tahap yang
memuaskan. Kita akan memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris ini,"
katanya.
Beliau berkata demikian kepada
pemberita selepas merasmikan Program Kebolehpasaran Graduan Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kampus Kota, universiti berkenaan di sini hari ini. -
UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan