1. Kes
penyeludupan semakin membimbangkan walaupun pelbagai langkah telah diambil
untuk mengatasinya. Setiap
tahun kerajaan terpaksa menanggung kerugian disebabkan oleh masalah penyeludupan yang masih berlaku di negara ini.
Terdapat beberapa punca yang mendorong masalah tersebut terus berlaku dan
kesannya pula sememangnya merugikan banyak pihak. Jelaskan pernyataan ini.
2. Kecanggihan
bidang sains dan teknologi memberi sumbangan yang amat besar dalam kemajuan
pelbagai bidang, termasuklah bidang sukan. Pada pendapat anda apakah sumbangan bidang sains dan teknologi dalam membantu meningkatkan
kemajuan sukan di negara kita?
3. Menguasai bahasa Inggeris merupakan salah satu
aspek yang amat penting dalam memastikan seseorang pelajar
dapat memajukan diri mereka ke peringkat yang lebih tinggi dalam sesuatu
bidang. Namun begitu, kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar,khususnya pelajar luar bandar sangat membimbangkan. Terdapat beberapa
faktor yang dikatakan menjadi punca
kelemahan tersebut. Bincangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan