Selasa, 10 September 2013
ANALISIS SOALAN BAHASA MELAYU (PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG 2013)
Rabu, 2 November 2011
ISU TARGET SPM 2011
| Bil | Skop | Isu / Tajuk |
| 01 | Isu Diri |
(a)Persediaan ke alam kerjaya #meguasai bahasa kedua/ pelbagai bahasa #kemahiran ICT #kemahiran berfikir #kemahiran berkomunikasi #kemahiran bekerja dalam pasukan
(b) Cara menghargai jasa guru
|
| 02 | Isu Keluarga |
Peranan Ibu bapa:
(a) Mendidik anak menjadi pengguna bijak/ memupuk amalan berjimat cermat/ menangani kemelesetan ekonomi
(b) Menangani masalah gejala sosial / masalah disiplin
|
| 03 | Isu masyarakat/ negara |
Tanggungjawab masyarakat / negara :
(a) memupuk keharmonian pelbagai kaum / melahirkan masyarakat bertatasusila
(b) memajukan industri pelancongan
(c) memelihara/ menghargai sumber air / sungai
|
| 04 | Isu Antarabangsa |
Peranan Negara Serantau / Masyarakat Antarabangsa:
(a) membantu negara yang ditimpa bencana alam
(b) mewujudkan keamanan sejagat
|
| 05 | Isu Komsas |
Peranan Karya Kesusasteraan:
(a) memperkenalkan budaya masyarakat pelbagai kaum (b) melahirkan generasi bersemangat patriotik (c) menerapkan nilai-nilai murni/ nilai kemanusiaan dalam masyarakat
|
Khamis, 14 Januari 2010
NOVEL RENYAH : BIODATA PENULIS
GUNAWAN MAHMOOD dilahirkan di Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada 29 Januari 1959 dan dibesarkan di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Felda Ulu Tebrau, kemudian di Sekolah Aminuddin Baki dan Institut Malaysia Johor Bahru sehingga selesai STPM. Melanjutkan pengajian luar kampus di Fakultas Bahasa dan Sastera, Universiti Nasional, Jakarta (UNAS). Memperolehi PhD melalui tesisnya berjudul ‘Pemikiran dalam Sajak-sajak Dr.Mahathir Mohamad’ di Institut Pembangunan dan Pengurusan Antarabangsa Indonesia dengan kerjasama Berkeley International University. Beliau sering memenangi hadiah dalam pelbagai sayembera antaranya hadiah utama cerpen Utusan Melayu-Public Bank 1989, puisi Kebangsaan Hari Merdeka 1989 dan saguhati anugerah novel sejarah kebangsaan 1989. Cerpen beliau ‘Harga Sebuah Kematian’ memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1988/89 dan novel remajanya ‘Tanah Ini’ memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97. Beliau pernah meraih Hadiah Novel Remaja HSKU (Hadiah Sastera Kumpulan Utusan) untuk empat tahun berturut; Namaku Ayoko(1993), Renyah(1994), Tanah Ini(1995) dan Cinta Daerah Perjuangan(1996). Dianugerahkan Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor yang pertama, Hadiah Sastera Darul Ta’zim pada 1996. Beliau merupakan penerima anugerah Generasi Baru oleh FELDA pada tahun 2008. Kini beliau bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor.
Sumber :http://penulisjohor.blogspot.com/
Jumaat, 9 Oktober 2009
ANALISIS KEKERAPAN SOALAN KOMSAS DALAM SPM
TINGKATAN 4 | TINGKATAN 5 |
NOVEL 1. Sinopsis J02 2. Peristiwa yang menyentuh perasaan J09 3. Tema N02/J07 4. Persoalan N01/N03/N065. Watak & Perwatakan N03/J04/J05/J06/N07 6. Plot NO1/J03 7. Konflik N04 8. Latar N02/J03 9. Latar tempat-Banding 2 Novel N05 10. Latar Masa J09 11. Nilai J02/N04/J06/J0712. Pengajaran J04/N06/J08 13. Peristiwa/Teladan J05/N07 14. Gaya Bahasa15. Pemilihan Tajuk J08 | NOVEL 1. Sinopsis J02 2. Peristiwa yang menyentuh perasaan J09 3. Tema N02/J07 4. Persoalan N01/N03/N065. Watak & Perwatakan N03/J04/J05/J06/N07 6. Plot NO1/J03 7. Konflik N04 8. Latar N02/J03 9. Latar tempat-Banding 2 Novel N05 10. Latar Masa J09 11. Nilai J02/N04/J06/J0712. Pengajaran J04/N06/J08 13. Peristiwa/Teladan J05/N07 14. Gaya Bahasa15. Pemilihan Tajuk J08 |
PUISI TRADISIONAL
| PUISI TRADISIONAL
|
PROSA TRADISIONAL
| PROSA TRADISIONAL
|
SAJAK
| SAJAK
|
CERPEN
| CERPEN
|
DRAMA
| DRAMA
|
Sumber: http://bm.cemerlangbm.com/