SAYA merupakan seorang pensyarah di sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di ibu negara. Dalam kesibukan kita membicarakan tentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), saya terpanggil untuk melontarkan isu yang hampir sama dengan PPSMI. Namun ia bukan melibatkan pelajar-pelajar di sekolah, tetapi fokusnya adalah kepada penuntut-penuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
Menurut kajian saya, hampir semua IPTS yang menjadi tumpuan utama di Malaysia menjadikan bahasa Inggeris sebagai medium utama pendidikan mereka.
Hal ini sememangnya tidak dapat disangkal kerana kita sedia maklum tentang kedudukan bahasa Inggeris di Malaysia yang pada hemat saya, sudah melangkaui kedudukan bahasa Melayu yang hanya berpaut pada tiang Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Saya juga tertanya-tanya sama ada tiang tersebut kukuh atau semakin rapuh akibat terhakis dengan gelora dan gelombang kemaraan bahasa Inggeris.
Hasil kajian saya menunjukkan hampir semua bidang kursus yang ditawarkan di IPTS diajar dalam bahasa Inggeris, termasuklah subjek wajib Agensi Kelayakan Malaysia/Lembaga Akreditasi Negara (MQA/LAN). Kecuali subjek Bahasa Kebangsaan, semua subjek MQA/LAN yang lain iaitu Pengajian Malaysia, Pengajian Islam dan Pengajian Moral diajar dalam bahasa Inggeris. Persoalan saya, di manakah peranan yang dimainkan oleh pihak swasta (IPTS) dalam memartabatkan Bahasa Kebangsaan?
Soalan ini juga saya ajukan kepada pihak MQA/LAN. Di manakah peranan anda sebagai sebuah agensi kerajaan dalam memartabatkan Perkara 152 ini? Saya sedar tentang keperluan penggunaan bahasa Inggeris pada alaf ini. Namun sebagai bahasa rasmi di Malaysia, saya melihat kedudukan bahasa Melayu seperti tergolong dalam kelompok bahasa yang tidak diperlukan untuk bidang ilmu.
Justeru saya memohon kepada MQA/LAN, yang bertanggungjawab memberi akreditasi kepada IPTS, supaya 'meWAJIBkan' semua subjek MQA/LAN diajar dalam bahasa Melayu agar bahasa ini tidak dipandang hina hingga ia terbuang dan tidak dipandang oleh pihak IPTS.
Setidak-tidaknya bahasa Melayu masih ada ruang untuk terus digunakan walaupun agak jauh untuk melihat ia terus dimartabatkan.
'Sesuatu bahasa akan menjadi mulia jika kita mengangkat kemuliaannya dengan menggunakannya, namun ia akan menjadi hina dan terbuang jika kita meminggirkannya.'
PUTERA KELANA
Petaling Jaya, Selangor
Sumber : http://www.utusan.com.my/
Pengunaan Bahasa Malaysia tidak dinafikan adalah penting dalam negara Malaysia. Akan tetapi, pengunaan bahasa inggeris dalam kursus kursus lain adalah penting kerana dalam dunia sosial iaitu dunia pekerjaan, pihak swasta tidak mempraktikan pengunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan kerana kebanyakan projek projek swasta adalah berdasarkan kerjasama pihak negara lain yang tidak tahu akan Bahasa kita iaitu Bahasa Malaysia.
BalasPadamIsu penganguran pelajar Mahasiswa dan mahasiswi adalah disebabkan oleh kekurangan upaya untuk menggunakan bahasa perantaraan internasional iaitu bahasa inggeris dengan baik. Pihak kerajaan telah melakukan dasar yang banyak membantu rakyat negara kita untuk mendapatkan pekerjaan. Kita tidak boleh melihat sesuatu perkara yang berdasarkan tempoh masa yang singkat akan tetapi melihat ke dalam masa depan rakyat malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Adakah kita hendak berpaut hanya kepada Bahasa Malaysia dan makan tanah liat kerana penganguran ataupun rakyat Malaysia hidup makmur dan sejahtera kerana dapat mengunakan kedua dua bahasa inggeris mahupun bahasa malaysia.
Saya bangga terhadap bahasa Ibunda kita tetapi saya juga bangga bahawa saya dapat bertutur dalam bahasa negara asing seperti bahasa inggeris dan dapat menterjemahkan bahasa inggeris kepada bahasa malaysia untuk majikan saya yang berasal dari negara asing.
Cuba fikirkan lah untuk rakyat negara kita sebelum membuat dasar dasar yang kurang memberi faedah kepada rakyat.
jepun bahasa pengantar/utama adalah bahasa Jepun-maju
BalasPadamPerancis, bahasa pengantar/utama adalah bahasa France- maju
Zaman Melayu Melaka, BM sebagai lingua franca-pun maju..
pokok pangkalnya berbalik kepada kita sendiri..antara nak dan tidak saja untuk menggunakan dan memajukannya..fikir-fikirlah..jangan sampai kita hilang identiti kita sendiri..