Khamis, 17 Februari 2011

TERKAYA DI MALAYSIA

Berikut adalah senarai tokoh terkaya di negara kita pada tahun 2010 :


1. Robert Kuok – RM50.04 bilion 2. T. Ananda Krishnan – RM45.78 bilion. 3. Tan Sri Teh Hong Piow – RM12.77 bilion 4. Tan Sri Lee Shin Cheng – RM12.74 bilion 5. Tan Sri Lim Kok Thay – RM10.89 bilion. 6. Tan Sri Quek Leng Chan – RM10.75 bilion 7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – RM8.84 bilion. 8. Puan Sri Lee Kim Hua – RM7.43 bilion 9. Tan Sri Tiong Hiew King – RM4.77 bilion. 10. Ong Bee Seng – RM3.98 bilion 11. Tan Sri Azman Hashim – RM3.93 bilion. 12. Tan Sri Vincent Tan – RM2.43 bilion. 13. Datuk Lee Yeow Chor - 14. Lee Yeow Seng 15. Datuk Seri Lee Oi Hian 16. Datuk Lee Hau Hian 17. Tan Sri Yeoh Tiong Lay 18. Tan Sri Lau Cho Kun 19. Datuk Mokhzani Mahathir – RM1.6 bilion 20. Tan Sri Jeffrey Cheah.


Nampaknya dalam 20 senarai individu yang terkaya di atas, tersenarai hanya 3 anak melayu kita iaitu di tangga yang ke-7, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – RM8.84 bilion dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom, tangga ke 11 iaitu Tan Sri Azman Hashim – RM3.93 bilion dari Kumpulan Arab-Malaysian dan seterusnya di tangga ke 19 iaitu anak kepada mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir 1.6 bilion dari Kenchana Petroleum.


Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan Malaysian Business.

Menurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang – lima lebih ramai berbanding tahun lalu. Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd – Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilai RM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong – Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion.


Sumber : http : //www. Malaysiakini.com/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan