Selasa, 31 Januari 2012
ISU BAHASA : Kesilapan ejaan Malaysia pada tulisan jawi logo halal Jakim
HAMID DAUD
Kuala Lumpur
BARU-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom telah melancarkan Kempen Kesedaran Halal berkaitan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Berita mengenainya sekali lagi disiarkan oleh sisipan Mega Utusan Malaysia pada Jumaat pada 13 Januari 2012.
Pada majlis tersebut Jamil Khir memperkenalkan logo halal yang baru keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Difahamkan logo tersebut akan dicetak pada semua bungkusan makanan atau barang-barang lain oleh syarikat-syarikat tempatan di mana barang-barang keluaran mereka mendapat kelulusan halal dari Jakim.
Dukacita pada logo tersebut terdapat kesilapan pada ejaan jawi di mana nama negara Malaysia telah dieja kepada Malayzia. Dan difahamkan nama Malayzia tidak ada disebut oleh mana-mana negara di dunia ini. Di negara-negara Arab di Timur Tengah pula akan disebut atau dikenali sebagai Malasie.
Jakim sewajarnya mencontohi Bank Negara Malaysia (BNM) di mana semua wang kertas keluaran BNM didapati betul dalam ejaan tulisan jawi.
Ejaan betul pada semua wang kertas tersebut dieja 'min lam ya sin ya alif' dan bukannya ejaan salah iaitu 'min alif lam ya zai ya alif' seperti terdapat di logo halal tersebut.
Nama negara Malaysia ada termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia mestilah dihormati sama ada dalam bentuk ejaan pada semua tulisan atau sebutan. Dengan kesilapan itu seolah-olah Jakim tidak prihatin kepada tulisan jawi dalam ejaan Melayu. Kesilapan itu juga boleh membawa kepada kekeliruan di kalangan murid-murid sekolah.
Saya percaya Jakim telah mengeluarkan belanja yang agak besar untuk memperkenalkan logo baru itu termasuklah mencetak sijil halal, banner, baju pegawai penguatkuasa yang ada logo tersebut dan lain-lain lagi.
Atas kelemahan dan kesilapan itu, syarikat-syarikat juga akan mengalami kerugian kos atau tenaga kerja jika pembetulan grafik di logo itu terpaksa dibuat pada bungkusan-bungkusan keluaran mereka yang sudah siap dicetak dan hanya menunggu untuk diedarkan di pasaran tempatan atau ke luar negara.
Sumber : http : //www.utusan.com.my/
NOTA HUJUNG:
Berikut komen yang diberikan oleh Mohd Nasir Sulaiman (Penolong Pengarah Cawangan Pengeluaran Sijil dan Logo Halal JAKIM)
1. Ia bukanlah Logo Halal Baru kerana telah diperkenalkan sejak tahun 2003. Dahulunya ia dikenali sebagai Logo Halal JAKIM. Kini ia dikenali Logo Halal Malaysia. Penjenamaan yang melambangkan penyatuan agensi pengurusan hal ehwal Islam. Transformasi untuk memperkasakan pensijilan halal Malaysia.
2. "Difahamkan logo tersebut akan dicetak ... ". ULASAN PENULIS : MEMANGLAH LOGO HALAL AKAN DICETAK PADA PRODUK BAGI TUJUAN PEMASARAN SETELAH IA MENDAPAT PENSIJILAN HALAL MALAYSIA UNTUK MEMBERIKAN KEYAKINAN KEPADA PENGGUNA AKAN STATUS KESUCIANNYA. PERKARA INI MEMANG SUDAH SEDIA MAKLUM.
3. Encik Hamid Daud tidak perlu berdukacita atas kesilapan ejaan jawi pada logo halal tersebut. Di sini, saya paparkan spesifikasi Logo Halal Malaysia untuk tatapan seluruh pembaca. Tak perlulah saya menghurai secara panjang lebar. PERSOALANNYA ADAKAH ENCIK HAMID TAHU MEMBEZAKAN ANTARA TULISAN JAWI & PERKATAAN ARAB?!
4. JAKIM tidak prihatin dengan tulisan jawi dalam ejaan Melayu? ULASAN : SAYA MENYARANKAN ENCIK HAMID BERKUNJUNG KE WEBSITE JAKIM http://www.islam.gov.my/ Cuba lihat pada ejaan jawi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Adakah itu membuktikan JAKIM tidak prihatin ejaan jawi?!
5. Murid-murid sekolah tidak keliru dengan tindakan JAKIM menggunakan perkataan Arab dalam logo tersebut. Sebaliknya, kekeliruan itu berlegar pada golongan yang gemar mengkritik tanpa asas keilmuan yang benar. Tulisan jawi & perkataan Arab pun tidak boleh dibezakan.
6. Memanglah JAKIM mengeluarkan belanja yang besar untuk memperkenalkan logo halal Malaysia tapi malangnya ramai golongan gemar memerah otak berfikir/bertindak secara negatif dari berfikir/bertindak ke arah kemaslahatan ummah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sila baca ulasan saya pula
BalasPadamhttp://cucurkembung.blogspot.com/
Terima kasih atas makluman yang diberikan...Rasional pemilihan Ejaan "Malaysia" dalam bahasa Arab perlu diperjelas supaya tindakan itu dapat diterima. Pada pandangan saya,Encik Hamid Daud juga tidak bersalah dalam hal ini kerana beliau hanya menyuarakan pandangannya daripada perspektif ejaan "MALAYSIA" yang pelbagai versi. Mungkin ini akan mengelirukan kerana wujud perbezaan ejaan pada Wang Kertas Malaysia yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan ejaan Malaysia pada logo Halal JAKIM...
BalasPadamSebenarnya Min Lam alif sin ya alif baru betul jika dlm tulisan jawi. Jika diterbalikkan akan menjadi ejaan ISLAM - Alif Ya sin Lam Alif Min . Ini baru betul HARAP DI UBAH dicetak kepada duit Malaysia dan lain2 huhu .
BalasPadam