SIBU - Pertubuhan
Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melancarkan
dua projek untuk memelihara bahasa Kelabit dan Bidayuh di negeri ini daripada
pupus di bawah program 'Bahasa-Bahasa Terancam'.
Menteri Kebajikan, Wanita dan
Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata kedua-dua bahasa
itu dipilih kerana ianya ditutur oleh komuniti asli minoriti di negeri itu.
"Tidak ramai orang Bidayuh
dan Kelabit hari ini bercakap bahasa mereka dalam bentuknya yang asal.
"Ini dapat dilihat apabila
berlakunya perkahwinan campuran di mana anggota keluarga lebih gemar bercakap
dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris di rumah," kata Fatimah kepada
pemberita di sini malam tadi.
Sebelum itu beliau merasmikan
pembukaan Persidangan Kebangsaan Intervensi Awal Kanak-Kanak di sebuah hotel di
sini.
Fatimah berkata golongan minoriti
yang lain di negeri ini juga turut menghadapi kepupusan bahasa mereka sekiranya
usaha tidak dibuat bagi memelihara dan mengembangkan bahasa pertuturan mereka.
Beliau berkata bagi masyarakat
Kalabit, salah satu sebab utama ia terjadi kerana ramai di kalangan mereka
sudah berhijrah ke pekan atau kawasan bandar.
"Berdasarkan suasana
sedemikian, mereka lebih cenderung bercakap hanya peratusan kecil sahaja
daripada bahasa asal mereka," katanya.
Berikutan perkembangan ini,
kerajaan gembira bahawa Taska Bahasa Warisan di bawah Persatuan Kebangsaan
Dayak Bidayuh (DBNA) di Kampung Bunuk, Kuching, sedang mengambil langkah
bersungguh-sungguh mendapatkan guru terlatih mengajar kanak-kanak pra sekolah
menulis dan bercakap bahasa tersebut.
Dalam pada itu UNESCO menerusi
laman sesawangnya menyatakan kira-kira separuh daripada 6,000 bahasa pertuturan
harian akan hilang menjelang akhir abad sekarang sekiranya usaha tidak
dijalankan bagi melindunginya. -- Bernama
ada ibubapa zaman sekarang yang jarang menggunakan bahasa ibunda ketika berinteraksi dirumah...inilah penyumbang utama kenapa sesuatu bahasa itu akan pupus...ada juga yang segan menggunakan bahasa ibunda ketika di khalayak ramai...
BalasPadam"Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Bathin"