Antara pelajar cemerlang yang menerima sijil. |
Wajah ceria penerima Anugerah Kecemerlangan Khas Pelajar STPM 2012. |
Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakub
merangkap Canselor berkata, majlis yang diadakan ini merupakan platform pertama
pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.
Menurutnya, majlis bertujuan memberi
penghormatan dan pengiktirafan kepada pelajar yang berjaya setelah mereka
melepasi tahap pendidikan peringkat STPM.
“Majlis ini diharap dapat memberi motivasi
kepada pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah dengan prestasi
lebih cemerlang dan mengiktiraf bahawa mereka layak untuk meneruskan pengajian
sehingga ke peringkat tertinggi.
“Secara tidak langsung ia dapat menghidupkan
semangat persaingan dalam persahabatan dalam kalangan pelajar ini.
Masing-masing akan rasa tercabar untuk memperoleh kejayan,” katanya.
Sementara itu, beliau menegaskan pendidikan
penting untuk diterapkan dalam jiwa golongan muda yang bertanggungjawab
sebagai pelapis pemimpin untuk membangunkan negara pada masa depan.
Adnan berkata, kerajaan sangat menitikberatkan
soal pendidikan anak-anak kerana kemajuan sesebuah negara terletak di tangan
rakyat.
“Sejak merdeka sehingga hari ini, negara kita
masih kekal aman damai dengan kestabilan ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup
rakyat.
“Oleh itu, saya harap agar pelajar yang
cemerlang hari ini menjadi contoh teladan yang baik kepada pelajar-pelajar lain,” katanya.
Sementara itu, bagi Anugerah Kecemerlangan Khas
kategori pelajar di terima Che Liyana ‘Izzati Che Rozali dari SMK Jengka 2, Maran dan Mohamad Shamsul Amin Md Yusof
dari SMK Agama Pahang, Muadzam Shah yang mendapat keputusan 5 A (4.0).
Menurut Che Liyana, dia berasa bertuah diraikan
dalam majlis itu yang sekali gus menaikkan semangat untuknya membuktikan
kejayaan pada peringkat yang seterusnya.
Sumber : http : //www.sinarharian.com.my/.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan