KUALA LUMPUR: Keputusan
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumum pada Khamis ini (21 Mac 2013),
dan calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas
10 pagi pada hari berkenaan.
Menurut kenyataan Kementerian
Pelajaran, keputusan calon persendirian akan dimaklum melalui pos.
Calon SPM 2012 juga boleh
menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip
SPM jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.
"Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada Khamis ini, dan
akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac," katanya.
Sementara itu, pengumuman
analisis keputusan SPM akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan
Kementerian Pelajaran di Putrajaya pada 9 pagi hari yang sama.
Peperiksaan bertulis SPM diadakan
dari 5 November hingga 6 Disember tahun lepas dengan seramai 472,541 calon
mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat di seluruh negara.
-BERNAMA
Semoga kejayaan jadi idaman dan bertambahlah rasa kesyukoran semua ibu-bapa dan anggota masyarakat.Selamat maju jaya wahai anak bangsa ku.
BalasPadam