PUTRAJAYA : Seramai 41,573 calon berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2013/2014.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian
Tinggi, Prof Datuk Morshidi Sirat berkata, mereka dipilih daripada 68,702
permohonan.
"Seramai 24,489 atau 58.9
peratus adalah daripada aliran sains dan 17,084 (41.1) peratus lagi aliran
sastera.
"Daripada jumlah ini seramai
28,280 calon wanita berjaya mendapat tempat di IPTA dan selebihnya
lelaki," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Selain itu 49 calon Orang Asli
turut menerima tawaran ke IPTA, 68 calon orang kelainan upaya, dan 1,515 atlet
kebangsaan dan antarabangsa, katanya.
Morshidi berkata, pihak IPTA akan
mengeluarkan surat tawaran rasmi kepadacalon yang berjaya mulai Jumaat.
Prestasi calon yang berjaya
mengikut kaum adalah 30,903 (74.3 peratus) Bumiputera, 7,913 (19 peratus) Cina,
1,824 (4.4 peratus) India dan 933 (2.3 peratus) kaum-kaum lain, katanya.
Morshidi berkata, seramai 5,765
calon ditawar mengikuti program pengajian kompetitif iaitu perubatan (699),
pergigian (119), farmasi (260), undang-undang (385), kejuruteraan kimia (953),
kejuruteraan mekanikal (1,304), kejuruteraan elektrik dan elektronik (1,122)
dan perakaunan (923).
Beliau berkata, kejayaan calon
untuk memperoleh tempat di IPTA bergantung kepada susunan merit dan pemilihan
program pengajian di IPTA yang dipohon.
"Jika merit calon tidak
begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar
calon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan
mereka," katanya.
Morshidi berkata selain itu, jika
calon hanya memohon di IPTA yang popular, mereka akan menghadapi persaingan
yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA
berkenaan.
Sementara itu, beliau berkata
semakan keputusan permohonan ke IPTA bolehdibuat melalui laman web
http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my,
https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my bermula Khamis, atau menghubungi
talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766
atau menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (no KP)
dan SMS ke 15888.
"Calon-calon yang berjaya
perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh 10 hari
iaitu pada atau sebelum 21 Julai. Pengesahan setuju terima tawaran dan surat
tawaran boleh dicetak melalui laman web IPTA," katanya.
Mereka juga boleh datang ke
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di Presint 5
untuk membuat semakan mulai hari ini sehingga 21 Julai.
Calon yang gagal boleh
mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari melalui e-Rayuan di laman web
http://upu.mohe.gov.my mulai Khamis dan berakhir 21 Julai 12 tengah malam.
Katanya, keputusan pemilihan
rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat danrayuan dianggap gagal jika tiada
sebarang jawapan diterima dari IPTA sehingga 30September depan.
Morshidi berkata, tarikh
pendaftaran pelajar baharu ke IPTA ialah dari 1 sehingga 2 September. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan