Sally Jane Hill |
Slamet Nur Anon |
Oleh : KHAIRULANUAR YAHAYA
SERDANG 25 April - Peserta Indonesia, Selamet Nur Anon dan peserta
Australia, Sally Jane Hill, masing-masing dinobatkan hari ini sebagai juara
Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2014 bagi
kategori alam Melayu dan antarabangsa.
Piala pusingan berserta hadiah
wang tunai berjumlah AS$7,000 disampaikan kepada mereka berdua oleh Menteri
Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh sebaik pengumuman dibuat di Dewan Besar
Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Universiti
Putra Malaysia (UPM) di sini malam tadi.
Bagi kategori antarabangsa
peserta dari Yemen, Aiman Saleh Hasn Alammari muncel sebagai naib juara dan
tempat ketiga dimenangi peserta China, Chen Nan.
Bagi kategori Alam Melayu pula,
peserta negara Aiman Ariff Abdul Azij diumum sebagai naib juara dan tempat
ketiga dimenangi peserta Thailand, Mahamat Yusof.
Naib Johan akan menerima piala
iringan dan wang tunai AS$5,000, manakala tempat ketiga menerima piala iringan
dan wang tunai AS$3,000 - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan