ruhaizarusmin@mediaprima.com.my
Sejak ledakan media sosial
kira-kira sedekad lalu, penyalahgunaan bahasa menerusi medium itu makin ketara
dan membimbangkan.
Penggunaan bahasa rojak serta
istilah dan singkatan ciptaan sendiri makin mendominasi kehidupan masyarakat,
sekali gus mengetepikan kepentingan penggunaan bahasa standard terutama dalam
kalangan generasi muda terutama pelajar.
Sekilas pandang, penggunaan ‘bahasa
cacamarba’ seperti itu tidak akan mencacatkan fungsi dan kemurnian bahasa
secara keseluruhannya, namun ia bakal meninggalkan kesan membimbangkan pada
jangka panjang.
Jika tidak ditangani dengan
kaedah sesuai, dikhuatiri bahasa carcamarba ini akan menenggelamkan fungsi dan
peranan bahasa standard dalam kehidupan seharian.
Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa
Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr
Sharil Nizam Sha’ri berkata, penggunaan bahasa yang tidak mengikut penggunaan
standard bukan saja boleh merosakkan nilai bahasa, malah dikhuatiri menghakis
jati diri masyarakat secara perlahan-lahan.
Beliau berkata, fungsi bahasa
sebagai medium komunikasi antara fungsi terbesar dalam kehidupan manusia yang
membantu individu atau kolektif untuk memahami maksud sesuatu interaksi.
“Penggunaan bahasa carcamarba
tanpa mengikuti standard memang boleh mencacatcelakan fungsi bahasa sebagai
medium komunikasi.
“Walaupun ramai melihat isu
penyalahgunaan bahasa di media sosial bukan sesuatu yang serius, ia masih boleh
memberi kesan membimbangkan pada jangka panjang.
“Generasi muda yang sebahagian
besarnya pelajar menggunakan bahasa ciptaan sendiri yang lintang-pukang ketika
berkomunikasi melalui media sosial. Ini boleh memberi kesan jika mereka
terikut-ikut menggunakannya dalam peperiksaan penting,” katanya.
Dr Sharil Nizam berkata, ada
pihak beranggapan penggunaan bahasa berkenaan dalam media sosial hanya bagi
tujuan santai dan tidak perlu diperbesarkan.
“Memang tidak salah jika tujuannya
begitu, tapi yang membimbangkan ialah jika ia turut digunakan di luar waktu
berkenaan, misalnya sewaktu berinteraksi dalam situasi formal atau bersama-sama
orang berkepentingan?
“Kebiasaan yang kerap boleh
menyebabkan penggunaan bahasa cacamarba turut terbawa-bawa dalam situasi itu.
“Impaknya, bukan saja kredibiliti
bahasa tercalar, malah pengguna dan penerima turut menerima tempias ,” katanya.
Kebimbangan masyarakat mengenai
isu ini ada asasnya apabila satu kajian Mercator Research Centre dan The Fryske
Academy pada 2014 di Belanda mendapati penggunaan bahasa standard makin merosot
dalam kalangan generasi muda.
Menerusi kajian yang dijalankan
terhadap 2,000 pelajar berusia 14 hingga 18 tahun mendapati mereka lebih
menggemari penggunaan bahasa ringkas terutama dalam aplikasi WhatsApp (95
peratus), Facebook (86 peratus) dan Twitter (76 peratus).
Dr Sharil Nizam berkata,
penggunaan bahasa yang tidak menepati piawaian menyebabkan kelangsungan bahasa
sukar dipertahankan dan lebih buruk lagi menyebabkan kepupusan perkataan.
“Tidak boleh dinafikan,
penggunaan bahasa standard juga perlu selari dengan peredaran masa dan
pemodenan masyarakat.
“Itu tidak salah, namun soalnya
ialah kecenderungan masyarakat yang mempunyai kemahiran mewujudkan bahasa atau
perkataan baru sendiri sedangkan kewujudan sesuatu perkataan baru perlu
mengikut syarat tertentu sebelum dipersetujui sebulat suara atau diiktiraf oleh
badan profesional seperti Dewan Bahasa dan Pustaka,” katanya.
Katanya, prosedur itu perlu
dipatuhi kerana hanya cara itu dapat menjamin keutuhan perkataan berkenaan,
selain memberi peluang kepada bahasa terus berkembang pada landasan betul.
“Meskipun bahasa bersifat
subjektif, peraturannya perlu diguna pakai bagi menjamin kualiti perkataan
yang ditutur atau digunakan.
“Tidak salah menggunakan bahasa
atau perkataan ringkas mengikut pemahaman sendiri tapi perlu ada batas dan
syarat.
“Jika kita sendiri tidak
mempertahankan penggunaan bahasa standard, dikhuatiri generasi masa depan akan
terkapai-kapai kerana bahasa juga mencerminkan siapa dan budaya diri kita
sebenarnya,” katanya.
Sumber : http : //www.hmetro.com.my/
Sejauh mana Bahasa Melayu kita dimartabatkan. Bahasa yang satu ketika dahulu pernah menjadi 'lingua franca' di seluruh pelusuk Asia ini semakin lama semakin terpinggir dan dilupakan. Hilangnya sesuatu bahasa itu apabila bahasa itu tidak lagi digunakan. Maka hilanglah juga budaya kita yang indah ini.
BalasPadamDomino Ceme Online Terpercaya
BalasPadamDomino Ceme Online Terbaik
Poker Ceme Online Terpercaya
Poker Ceme Online Terbaik
Agen Poker Ceme Online
Agen Domino Ceme Online
Judi poker ceme Online
Judi Domino Ceme Online
Domino Gaple Online
Gaple Online Uang Asli
Gaple Domino
BalasPadamGaple Poker
Gaple Online Terbaik
Judi Gaple Susun Online
Judi Gaple Susun
Judi Gaple Terpercaya
Agen Domino Gaple
Agen Judi Domino
Domino Gaple Uang Asli
Gaple Susun Uang Asli
panduan capsaqiu
BalasPadampanduan qqpokerceme
info ceme
info capsaqiu
infoqqpokerceme
gaplek online
gaplek uang asli
judi gaplek
judi gaple banting
agen gaple online