Oleh : DR AMINUDDIN MANSOR (AMIMASRA@GMAIL.COM.)
ISU bahasa iaitu bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar seterusnya bahasa
ilmu tidak pernah habis dan tiada titik noktah dalam perjuangannya. Para
pejuang bahasa, pemimpin politik dan rakyat yang menjadi pendesak dan penggerak
seharusnya sama-sama berusaha mendaulatkan bahasa Melayu.
Mendaulatkan bahasa kebangsaan
mestilah dipraktikkan di sekolah, di peringkat universiti dan juga dalam
kalangan pemimpin politik. Rakyat sangat mengharapkan pemimpin politik menjadi
teladan dan orang pertama dalam usaha memperjuangkan kedaulatan bahasa ini
dalam mengisi 60 tahun negara merdeka. Pengisian ini penting bagi menuju ke
arah kebersatuan rasa dan cinta terhadap bahasa Melayu.
Rakyat tidak mahu lagi ada wakil
rakyat yang tidak lancar berbahasa Melayu. Malunya kita kepada pendatang asing
yang beberapa bulan sahaja datang ke negara ini sudah fasih dan lancar
berbahasa Melayu. Mereka berasa bangga dapat menguasai bahasa Melayu.
Justeru, para pejuang bahasa
kebangsaan mesti berusaha mendaulatkan Bahasa Kebangsaan supaya tidak hanya
bertindak sebagai kumpulan pendesak semata-semata seharusnya memikirkan bersama
khususnya melalui badan penulis dan tindakan pejuang bahasa dan pencinta
bahasa.
Usaha menyemarakkan dan
mendaulatkan bahasa perlu dilakukan setiap masa di mana sahaja melalui
percakapan, penulisan dan sebagainya. Asas yang baik pendidikan bahasa ini
mestilah bermula di peringkat sekolah rendah dan menengah. Berikan pendidikan,
kefahaman dan kecintaan kepada murid agar mencintai dan menghayati keindahan
bahasa Melayu.
Sebaliknya, golongan ini perlu
bersama-sama kerajaan dan masyarakat untuk memupuk sikap positif rakyat
terhadap bahasa Melayu. Justeru, para pejuang bahasa perlu sentiasa turun
padang, berada di tengah-tengah masyarakat dan menjadi penggerak, memberi
kesedaran kepada rakyat pelbagai kaum untuk membina keyakinan mereka terhadap
kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu , bahasa perpaduan dan bahasa
komunikasi yang penting.
Justeru, usaha ini harus
digerakkan bermula pada masa sekarang demi kelangsungan dan kedaulatan bahasa
Melayu pada masa akan datang. Usaha mengajak rakyat sama-sama mendaulat bahasa
Melayu perlu dilakukan pada setiap masa, bukan bermusim.
Pada masa ini, satu-satunya
pilihan yang ada adalah dengan mempelajari bahasa asing untuk menguasai ilmu
dalam bahasa itu dan pada masa sama rakyat atau penutur bahasa perlu
memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan mengharung
era globalisasi.
Bagi mencapai hasrat ini, rakyat
mesti yakin dan rasa bangga terhadap bahasa Melayu, jika tidak kita tidak
mungkin mampu pergi jauh dalam memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu, dan bahasa saintifik dan menjadikannya sebagai salah satu bahasa
terpenting di dunia. Kini, bahasa Melayu telah digunakan dalam kalangan lebih
daripada 300 juta umat manusia yang terdapat di seluruh dunia. Oleh itu,
pemantapan dan kemajuannya mestilah bermula di Malaysia.
Usaha memupuk sikap positif
rakyat dan keyakinan terhadap bahasa Melayu ini perlu dilakukan oleh
badan-badan penulis di setiap negeri, penubuhan badan penggerak bahasa Melayu
di peringkat daerah dan juga negeri dengan mengadakan pelbagai acara seperti ceramah,
syarahan, pidato, kempen membaca, pembacaan sajak dan juga kursus
mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Di samping itu, guru dan
pensyarah berperanan memupuk sikap positif dalam kalangan pelajar di sekolah
rendah, menengah dan universiti dengan pelbagai aktiviti berkaitan bahasa dan
sastera yang dapat memupuk sikap positif terhadap bahasa Melayu dalam kalangan
mereka. Usaha “melentur buluh biarlah dari rebungnya” seharusnya dilakukan
sekarang di peringkat sekolah dengan penggunaan bahasa yang betul tepat dan
berkesan.
Seterusnya, pihak Majlis
Perbandaran dan Dewan Bandaraya mestilah mewujudkan unit bahasa Melayu yang
mempunyai kuasa tertentu bagi memantau iklan dan papan tanda yang menggunakan
bahasa Melayu dengan betul dan tepat,
Contohnya, di Kelantan, tulisan
jawi dimartabatkan dan kebanyakannya ditulis di atas tulisan bahasa lain pada
setiap papan iklan yang boleh dilakukan di negeri-negeri lain.
Penerbitan buku-buku dalam bahasa
Melayu bukan sahaja di peringkat universiti malah perlu menggalakkan orang
ramai menulis buku dalam bahasa Melayu dengan memberi insentif dan galakan yang
memberangsangkan. Melalui penerbitan buku sastera, bahasa dan budaya yang
mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan terus memertabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa yang indah, berilmu dan maju.
http://www.utusan.com.my/(25 September 2016)
MestiQQ Adalah perusahaan judi online KELAS DUNIA ber-grade A
BalasPadamSudah saatnya Pencinta POKER Bergabung bersama kami dengan Pemain - Pemain RATING-A
Hanya dengan MINIMAL DEPOSIT RP. 10.000 anda sudah bisa bermain di semua games.
Kini terdapat 8 permainan yang hanya menggunakan 1 User ID & hanya dalam 1 website.
( POKER, DOMINO99, ADU-Q, BANDAR POKER, BANDARQ, CAPSA SUSUN, SAKONG ONLINE, BANDAR66 )
PROSES DEPOSIT DAN WITHDRAWAL CEPAT Dan AMAN TIDAK LEBIH DARI 2 MENIT.
100% tanpa robot, 100% Player VS Player.
Live Chat Online 24 Jam Dan Dilayani Oleh Customer Service Profesional.
Segera DAFTARKAN diri anda dan Coba keberuntungan anda bersama MestiQQ
** Register/Pendaftaran : WWW-MestiQQ-POKER
Jadilah Milionare Sekarang Juga Hanya di MestiQQ ^^
Untuk Informasi lebih lanjut silahkan Hubungi Customer Service kami :
BBM : 2C2EC3A3
WA: +855966531715
SKYPE : mestiqqcom@gmail.com