Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev |
Oleh : ABD. AZIZ ITAR
PENGALAMAN
selama 15 tahun Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev sebagai pensyarah bahasa Melayu
dan bahasa Rusia di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur telah merumuskannya
banyak perkara tentang jati diri rakyat negara ini. Beliau antara lain
mendapati penggunaan bahasa Melayu semakin lemah bukan sahaja dalam kalangan
rakyat Malaysia pada hari ini, tetapi ia turut berjangkit ke peringkat lain
termasuk dalam sistem pendidikan dan pentadbiran kerajaan.
Sehubungan
itu, beliau menggesa agar semua pihak terutama kerajaan mengambil berat,
mengkaji semula dasar penggunaan bahasa Melayu serta menguatkuasakannya di
semua peringkat sesuai dengan peruntukan Perkara 152 dalam Perlembagaan. Dr.
Victor yang menamatkan kontraknya sebagai pensyarah bahasa di Fakulti Liguistik
UM pada hujung bulan lalu berkata, jika tiada usaha serius dilakukan dalam
waktu terdekat dikhuatiri bahasa Melayu akan hilang dominasi di negara sendiri.
“Saya
dapati penggunaan bahasa Melayu semakin lemah di Malaysia. Kerajaan tidak tegas
menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu di semua peringkat terutama dalam
sistem pendidikan. Ini adalah proses awal dan ia amat penting dalam usaha
tersebut.
“Kalau
tiada usaha serius, saya yakin bahasa Melayu akan terus tenggelam di dalam
bahasa lain seperti Inggeris yang semakin dominan. Mungkin tidak sampai 50
tahun bahasa ini akan hilang ‘kekuasaannya’ di negara ini,” katanya.
Pensyarah
dan pejuang bahasa Melayu berusia 70 tahun ini melahirkan rasa kebimbangannya
itu kepada Mingguan Malaysia sewaktu ditemui di pejabatnya di UM pada hari
terakhir beliau berkhidmat di universiti itu yang beliau telah menyumbangkan
jasanya sejak 2001. Dr. Victor dalam perbualan selama hampir dua jam itu tidak
henti-henti bercakap tentang banyak isu yang menjurus kepada usaha-usaha bagi memartabatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia sejak negara mencapai kemerdekakaan
pada 1957.
Penipisan
Sebagai
bekas pelajar bahasa Melayu dan pernah menuntut di UM pada 1970, beliau melihat
perjalanan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar rakyat negara ini seakan-akan
tidak dipedulikan oleh semua pihak secara perlahan-lahan tanpa disedari.
Berdasarkan pengalamannya sebagai pensyarah di UM banyak perkara yang berlaku
di depan matanya sendiri memperlihatkan senario itu, dan ia sedang dan akan terus
berlaku. Maka proses ‘penipisan’ penggunaan bahasa Melayu perlu disekat.
“Saya
pernah mengajar dalam sebuah kuliah yang dihadiri kira-kira 30 pelajar yang
majoritinya pelajar tempatan, manakala dua dari China. Tetapi saya terpaksa
mengajar dalam bahasa Inggeris semata-mata kerana dua pelajar ini tidak faham
bahasa Melayu.
“Sepatutnya
mereka perlu memahami bahasa Melayu sebelum memasuki kuliah seperti itu. Ini
kerana, kalau di Rusia mahasiswa asing perlu mempelajari bahasa Rusia selama
setahun dan selepas itu baru boleh masuk kuliah diajar dalam bahasa Rusia,”
ujarnya.
Beliau
yang juga merupakan salah seorang ahli dalam Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu
yang mewakili Rusia berkata, kerajaan perlu mencontohi negara-negara lain
seperti Jerman, Indonesia dan Jepun dalam memartabatkan bahasa Melayu.
Antaranya dengan mengetatkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan-urusan rasmi
negara seperti dalam surat menyurat, mahupun ke atas rakyat asing yang mahu
belajar ataupun bekerja di negara ini ini.
“Contohnya
kalau di Jerman, setiap pekerja asing yang mahu bekerja di sana dimestikan
mengikuti kursus dalam bahasa Jerman sebelum diambil bekerja. Begitu juga di
Indonesia yang amat menekan penggunaan bahasa mereka.
“Malah,
di Rusia sendiri setiap urusan rasmi membabitkan jabatan kerajaan diwajibkan
menggunakan bahasa Rusia, kalau tidak mereka yang terlibat akan didenda ataupun
urusan-urusan mereka itu tidak akan dilayan. Tetapi semua itu tidak berlaku di
sini,” katanya.
Dalam
pada tegas untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara
ini, namun itu tidak bermakna beliau menafikan 100 peratus kepentingan dan
penguasaan bahasa-bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Bapa kepada tiga orang
anak dan dua cucu ini berkata, bahasa Inggeris perlu difahami untuk komunikasi
warga asing atau sewaktu berada di luar negara tetapi penggunaan bahasa Melayu
dalam urusan seharian di negara ini perlu mengutamakan bahasa Melayu.
“Tiada
alasan tidak mahu menggunakan bahasa Melayu dalam apa juga bidang termasuk
sains dan teknologi. Buktinya bangsa Jepun, Perancis dan Jerman boleh maju
dalam sains dan teknologi dengan menggunakan bahasa mereka, mengapa di sini
tidak boleh?
“Malah,
banyak kamus dalam bahasa Melayu yang telah menterjemahkan bahasa-bahasa lain
termasuk yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi ke dalam bahasa
Melayu yang sepatutnya digunakan dengan sebaik-baiknya,” jelasnya.
Dr.
Victor misalnya, antara individu yang proaktif dalam mengembangluaskan
penggunaan bahasa Melayu termasuk dengan menterjemahkan bahan-bahan bacaan
daripada bahasa Rusia ke dalam bahasa Melayu bagi mencapai matlamat tersebut.
Turut
diusahakannya adalah penyusunan perkataan dan terjemahan daripada bahasa Rusia
ke dalam bahasa Melayu dan daripada bahasa Melayu ke dalam bahasa Rusia agar
lebih banyak perbendaharaan kata diserap dalam usaha memperkasakan lagi bahasa
rasmi ini.
Sepanjang
menetap di Malaysia, banyak pengalaman manis yang dilalui oleh Dr. Victor
terutama dalam bercampur gaul dengan masyarakat negara ini terutama orang
Melayu.
Selain
banyak menulis artikel dalam pelbagai jenis penulisan, beliau juga banyak
menulis puisi dalam bahasa Melayu termasuklah berjudul Abdullah.
Berikut
adalah sajak kegemaran beliau yang bertajuk Namaku Abdullah
Namaku
Abdullah
Namaku
Abdullah.
Bapa
angkat aku tinggal di Pahang Tua,
Ibu
angkat aku tinggal di Pahang Tua,
Saudara
angkat aku tinggal entah di mana.
Namaku
Abdullah.
Bayu
memanggil Abdullah,
Ombak
memanggil Abdullah,
Hutan
belantara memanggil Abdullah,
Bulan
purnama memanggil Abdullah.
Namaku
Abdullah.
Di
sinilah hati aku,
Di
sinilah jiwa aku -
Tanah
yang suci,
Tanah
yang murni.
Malaysia
-Rumahku yang kedua.
Malaysia
-Cintaku yang pertama.
-
Sumber : http://www.utusan.com.my/ ( 21 Ogos 2016)
MestiQQ Adalah perusahaan judi online KELAS DUNIA ber-grade A
BalasPadamSudah saatnya Pencinta POKER Bergabung bersama kami dengan Pemain - Pemain RATING-A
Hanya dengan MINIMAL DEPOSIT RP. 10.000 anda sudah bisa bermain di semua games.
Kini terdapat 8 permainan yang hanya menggunakan 1 User ID & hanya dalam 1 website.
( POKER, DOMINO99, ADU-Q, BANDAR POKER, BANDARQ, CAPSA SUSUN, SAKONG ONLINE, BANDAR66 )
PROSES DEPOSIT DAN WITHDRAWAL CEPAT Dan AMAN TIDAK LEBIH DARI 2 MENIT.
100% tanpa robot, 100% Player VS Player.
Live Chat Online 24 Jam Dan Dilayani Oleh Customer Service Profesional.
Segera DAFTARKAN diri anda dan Coba keberuntungan anda bersama MestiQQ
** Register/Pendaftaran : WWW-MestiQQ-POKER
Jadilah Milionare Sekarang Juga Hanya di MestiQQ ^^
Untuk Informasi lebih lanjut silahkan Hubungi Customer Service kami :
BBM : 2C2EC3A3
WA: +855966531715
SKYPE : mestiqqcom@gmail.com
Thanks for the info
BalasPadamadrobook