KUALA LUMPUR : Berikut ialah intipati Belanjawan 2013 yang
dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri
Kewangan, di Dewan Rakyat, pada Jumaat.
Tema Belanjawan 2013 ialah "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat:
Sebuah Janji Ditepati".
* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan
projek pembangunan.
* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion
bagi peruntukkan pembangunan.
* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi
perkhidmatan dan bekalan.
* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi
tahun 2013.
* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di
bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar
dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah
kendalian SME Bank.
* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana
Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil
berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
* Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus
hingga 5.5 peratus.
* KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
* Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan
fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
* Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada
RM208.6 bilion.
* Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan
infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar
* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan
latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2
bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama
Ekonomi (NKEA) negara.
* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk
RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai
tinggi dan padi.
* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi
pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi
Perniagaan.
* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan
produk petroleum kepada yang layak.
* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan
pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi
tempoh tiga tahun pertama operasi.
* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh
empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
* RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan
Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan
bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
* RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun
Melawat Malaysia 2013/2014.
* Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha
pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500
pelancong tempatan setahun.
* Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan
negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion
diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
* RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi
aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran,
peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus
dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan
pertanian.
* RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.
* RM432 juta disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit
di bawah NKEA sektor perladangan.
* RM127 juta disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai
tinggi yang dapat mengubah komposisi industri hiliran.
* Empat kawasan jelapang padi baru dibuka dan diperluas iaitu di Kota
Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pertambahan seluas 19,000 hektar dengan
penyertaan 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik dengan
perbelanjaan sebanyak RM140 juta.
* RM230 juta diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran
elaun bantuan sara hidup nelayan. Pada masa ini kerajaan memberi elaun sara
hidup RM200 sebulan kepada nelayan, menyediakan insentif pada kadar 10 sen
hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan dan memperkenal skim
perlindungan insuran nelayan.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat
berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan
pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi
tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira
struktur perundangan Agama Islam Negeri.
* RM9 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT
diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion akan disediakan oleh SME
Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang
menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan
diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan
manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
* Dana Infra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta
akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
* Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi
potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang
terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program
dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
* Peruntukan modal Dana jamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua
tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4 bilion
hingga RM6 bilion.
* RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung
Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
* RM2.4 bilion diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan intensif pertanian.
Bantuan ini termasuk RM480 juta bagi subsidi dan insentif padi yang merangkumi
pemberian subsidi harga padi, RM465 juta pemberian subsidi baja padi, RM80 juta
insentif peningkatan hasil padi, RM563 juta insentif pengeluaran harga padi,
RM528 juta subsidi harga beras dan RM85 juta subsidi benih padi sah.
* Memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di
bawah 10 hektar, yang dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Buat permulaan
kerajaan memperuntukkan RM50 juta.
* RM41 juta diperuntukkan bagi projek Azam Tani bagi memberi manfaat kepada
6,730 peserta keluar daripada garis kemiskinan.
* RM38.7 diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan
mengurus dan pembangunan.
* Peruntukan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam
pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains
dan matematik melalui pendekatan "Higher Order Thinking Skills".
* Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan
Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih
bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok
tambahan.
* RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada
Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan
Perpaduan dan Integrasi Nasional.
* Peruntukan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk
penempatan guru prasekolah.
* Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat
Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska
baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat.
* Potongan cukai dua kali akan diberi kepada majikan yang menyediakan elaun
atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska
dan pusat jagaan.
* Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin
dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.
* Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion
lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015.
* Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras
55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus
menjelang 2015.
* Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang
menyeluruh dan saksama.
* Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai
untuk wang".
* Peruntukan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk
memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek
yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik
kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan
penyediaan kemudahan sukan.
* Peruntukan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga
berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat
Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.
* Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah
yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan
dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima
tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima
tahun tidak dikenakan CKHT.
* Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.
* Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan
sektor swasta.
* Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap
kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.
* Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata
peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.
* Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda,
membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.
* Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan,
bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman
Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan
miskin dan daif.
* Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan
aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti,
biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.
Sumber : http : //www.mstar.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan