KUALA LUMPUR 26 Sept. - Hasil kaji selidik Indeks Persepsi
Murid (IPM) yang dijalankan Bahagian Pendidikan Kementerian Pelajaran mendapati
lebih 80 peratus guru di negara ini mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah.
Menurut Ketua Unit Kaunseling, Sektor Pengurusan Kaunseling
dan Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Ab.
Rahim Othman, peratusan itu hasil maklum balas lebih 2,000 murid sekolah di
seluruh negara yang melaksanakan Program Guru Penyayang sejak Februari lalu.
Beliau berkata, kira-kira 87.5 peratus murid mendapati guru-guru
di sekolah adalah penyayang dan mengambil berat terhadap mereka.
Ia sesuatu yang positif terhadap
pengukuhan dan menambah baik Program Guru Penyayang yang sedang dilaksanakan
ketika ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Guru Penyayang
Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Tambah Ab. Rahim, peratusan tersebut bukanlah bermakna
bilangan guru selebihnya tidak penyayang tetapi belum mengamalkan sepenuhnya
budaya tersebut yang ditekankan menerusi program berkenaan.
Kami berharap peratusan itu akan
meningkat dengan kesemua guru di negara ini mengamalkan budaya penyayang kerana
ia merupakan aset dan sifat profesional yang perlu ada pada seorang guru,"
jelasnya.
Mengulas mengenai konvensyen tersebut, Ab. Rahim berkata,
program selama tiga hari bermula semalam itu bertujuan mendapat maklum balas
dan pandangan di peringkat sekolah yang melaksanakan program berkenaan bagi
mencari kaedah penambahbaikan.
Ia melibatkan 200 peserta terdiri
daripada pengetua dan guru besar, guru kaunseling, guru disiplin, pegawai
kaunseling dan disiplin Jabatan Pelajaran Negeri serta wakil persatuan
guru," ujarnya.
Sumber : http : //www.utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan