PETALING JAYA : 'Forbes Online' telah meletakkan Malaysia di
tempat ke-10 negara paling peramah di dunia, berdasarkan penyelidikan 'Expat
Explorer Survey' oleh HSBC baru-baru ini.
"Kualiti hidup yang lebih baik, kehidupan sosial yang memuaskan,
kemudahan pelancongan tempatan dan perumahan yang lebih baik daripada di negara
asal mereka membantu meletakkan Malaysia di tempat kelima secara keseluruhan
walaupun ramai melaporkan sukar menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan
(selalunya kerana halangan bahasa)," artikel Forbes Online melaporkan
baru-baru ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji artikel tersebut melalui
Twitter pada Ahad berkata "Kami mengalu-alukan dunia".
'Forbes Online' menyenaraikan Kepulauan Cayman, Australia dan Britain sebagai
tiga destinasi utama yang peramah bagi ekspatriat.
Merujuk kajian, artikel tersebut menyatakan bahawa ketiga-tiga negara itu
sebagai "paling mudah berbaik-baik dengan penduduk tempatan, belajar
bahasa tempatan dan menyesuaikan diri ke dalam masyarakat dan budaya
baru".
Turut dinyatakan, kehidupan ekspatriat di Kepulauan Cayman yang sangat
berpuas hati kerana tidak perlu membayar apa-apa cukai pendapatan atau gaji,
jenayah yang kurang dan bebas pencemaran, selain musim panas sepanjang tahun.
Kanada berada di tempat keempat, diikuti New Zealand, Sepanyol, Amerika
Syarikat, Bermuda, Afrika Selatan dan Malaysia.
Kaji selidik HSBC, yang dalam tahun kelima, melihat kepada pelbagai aspek
kehidupan seorang ekspatriat termasuk ekonomi, pendapatan, pendapatan boleh
guna dan ukuran kemewahan; keseluruhan pengalaman; dan pembesaran kanak-kanak
di luar negara yang melibatkan penjagaan kanak-kanak, kesihatan dan integrasi
yang baik.
Turut dinyatakan bahawa ekspatriat yang tinggal di Asia seperti di
Malaysia, Singapura, Thailand dan Hong Kong didapati sukar menyesuaikan diri
dengan komuniti tempatan berbanding dengan kebanyakan negara yang menggunakan
bahasa Inggeris.
Menurut kaji selidik itu, Malaysia adalah destinasi utama untuk mereka yang
didorong oleh kerjaya dan kualiti hidup yang baik tetapi menyatakan bahawa
ramai melihatnya sebagai pangkalan sementara.
Sebanyak 5,339 ekspatriat dari 97 negara mengambil bahagian dalam kaji
selidik dalam talian yang telah dijalankan dari Mei 11 hingga 3 Julai.
Sumber : http : //www.mstar.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan